Semoga Kak Wan bertambah seri di pagi raya dengan hasil tangan ku yg tidak seberapa ini :))
Labuci bunga, manik padi, manik kristal, manik bulat dan pearl sebagai perincian dibusana ini.
Tarik nafas panjang kemudian lepaskan perlahan-lahan. Biarkan mata itu merenung gambar itu dalam-dalam.... kita akan rasa asyik je.... tenangnya hijauan di sekeliling kelopak air di tambah pula dengan pantulan awan di permukaannya..... damaikan?
Lepas layan hijauan...... mari kita layan senja nan indah pula. Tengoklah matahari tu dah nak terbenam.... bayangkan kita duduk atas bangku tu sambil kita layan angin senja yang sejuk dan mata kita melihat sebahagian bumi yang terang hampir menjadi gelab..... rehatkan otak kita?
Akhir sekali selepas mata kita dah damai, otak pun dah rehat maka kita tambahkan lagi dengan membaca Al-Quran.... hayati dalam-dalam setiap bait ayat-ayat itu. Sebutlah dengan jelas dan terang Insya Allah..... tenangnya jiwa kita ketika membacanya.... Alhamdulillah akhirnya serabut di kepala pun hilang....
Lagi satu, sahur pagi tadi pun serupa tak sahur je... tekak macam tak boleh nak terima makanan walhal selalunya kalau sahur dengan sup bukan main laju aku makan! Huhuhu.... janganlah demam :( masih ada baju lagi yang perlu aku selesaikan....
Kalau dapat pekena laksa masa buka nanti mesti best kan??? nak-nak time badan tengah lesu ni, makan benda yang masam-masam ada sikit pedas-pedas pasti jadi segar! Harus ku cari laksa.............
