klik jangan tak klik!

Tuesday, September 14, 2010

Seronoknya..... beraya di kampung

Selepas sebulan kita berpuasa tibalah masanya kita meraihkannya..... Seronoknya beraya kat kampung! Kemeriahannya lebih terasa bila sehari sebelum raya kita dah sibuk kat dapur masak rendang, rebus ketupat, kemas rumah, pasang langsir dll.... malam sebelum raya selepas je pengumuman, berdentam dentum bunyi mercun, riuh rendah suara bebudak main bunga api di luar rumah.... memang selonok! Tahun ni giliran raye di kampung aku... tu yang rasa selonok lebih hihihihi...
inilah family tercinta aku...... adik beradik aku tak ramai cuma 5 orang je.
Yang belah kiri nie adik ipar aku, yang paling kecik comel tu anaknya @ anak buah aku Isya Nur Arrisa, yang baju biru tu aku ler dan yang paling kanan adik paling bongsu 1 mak (ayah kawin 2 n kami adalah anak bini tua hihihihi...)
nie kat rumah mak muda...
Paksu n isya......
Isya Nur Arrisa yang suka bergaya... comelkan :)
ayah yang tengah berlenang hati hihihihi.... ponek gak eh....
hahahaha... xleh capai camera mak long... suka dia!
layankan kehendak mama yang nak sangat bergambor dengan bunga orkid hutannya huhuhuhu... yelah ma... kakak tahu bunga tu cantik
kami dah ready nak pergi beraya ni... jom dik ayh dah tunggu tu... bye semua
anak sepupu yang comel... mata dia macam ank patung Alesya Damia bersama mak muda saya
ni kat rumah wak long.... kakak ayah yang paling tua... sejak arwah nenek dah takde maka rumah wak long ni lah yang menjadi tumpuan adik beradik ayah..... pengganti tempat arwah makwek
silalah jamu..... penuh biskut atas meja tu
selepas rumak wak long kami jalan kaki menuju ke rumah anak wak long yang paling tua
Isya masih berusaha nak tangkap camera maklong katanya nk teropong huhuhu....
ok next.... rumah yang seterusnya!
kat rumah wak shajab... abg ayah yang ke berapa ye??? ala... lupalah....
kat rumah wak idris... abang ayah yang no 3 kot... alahai... lupa lagi ler....
kat beranda rumah wak idris
suami saya.... tengok muka dia tu.... layu je hihihihi.... penat ke kekenyangan?
sepupu yang bertandang ke rumah aku.... mama Alesya damia..... mintak tolong aku pegangkan babynya tapi tak nak plak dengan orang.... hihiihi sian mama nak makan pun payah!

Sebenarnya banyak lagi rumah yang kami pergi... adik beradik ayah ada 10 orang dan adik beradik mama pun ada 10 orang... jadi tak terlarat rasanya nak amik gambar kat semua rumah yang kami pergi... lagi pun aku kalau dah jumpa sepupu sepapat memang lupa dunia da.... hihihihihi


No comments: