klik jangan tak klik!

Wednesday, March 17, 2010

Jemputan Khas Ke Pertandingan Sulaman Manik Kristal 2010.

Seronoknya bila kad jemputan ni dah selamat sampai di tangan aku! Terima kasih abg posmen. Terima kasih juga pada kak nora. Teruja, seronok dan tak sabar. Ini adalah pertama kali aku menyertai event RJ. Memang rasa tak sabar! Selain dari melihat sendiri RJ secara live (mesti cantik dan voge orangnya hihihi), aku juga tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekelas masa belajar dgn kak nora. Malah aku teruja juga nak jumpa kawan-kawan baru yang selama ini hanya berhubung melalu FB sahaja. Yang pasti aku nak tau buku terbaru RJ yang akan di lancarkan pada hari tu juga. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan aku kekuatan dan kesihatan yang sempurna pada 03/04/2010 nanti.
-:- To datin, kak aida & kak fida tunggu mas ye hihihi. To Elly.. so sad u tak dapat join sama. Mungkin belum ada jodoh kita untuk berjumpa lagi :(
-:-

Tema pakaian yg di tetapkan Kebaya Tradisi Contemporary. RJ sporting, dia kata kalau rasa tak cantik pakai kebaya takut nanti lemak-lemak tesembul keluar baik jgn pakai... yg penting pakai baju! janji glamour hihihihi....

my lucky no : 2236

Peta menunjukkan tempat pertandingan. Kalau sesat juga tak taulh :)

Thursday, March 4, 2010

Berehat Sebentar Bersama KIT KAT!

Buat sementara waktu ni, aku terpaksa lupakan/tinggalkan semua manik-manik kerana sekarang ini aku sedang berehat dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh membebankan badan :(
Pada tarikh 01/03/2010 adalah tarikh keramat kerana aku telah dimasukkan ke Hosp.Pantai.K.L untuk melakukan pembedahan membetulkan tiub folopion oleh Dato Dr Hamid Arshat & Dr Nazri. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan sekarang hanya berserah saja pada Tuhan atas rezekinya untuk memberikan kami zuriat. Selama 7 tahun kami boleh sabar tak kan skrg ini kami tak boleh sabar lagi.Semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar di dunia dan akhirat :) -Aminnnn-