klik jangan tak klik!

Wednesday, September 29, 2010

Syukur Alhamdulilah 28/09/2010 yakni hari selasa adalah ulang tahun lahir ku yang ke tuttttt.... opssst perlu ke bagi tau? hihihihi... tak perlu kot.... tapi nanti orang kate tak nak ngakulah tu umur dah makin tuttttt....... amboiiii laserlah tu! dont wori... aku tak sorok umur k! now i tell uuuu.... semalam genablah umur i 31 tahun! alah... baru 31... muda bergetah lagi tu hahahaha.... stop!

Apa yang penting..... aku terlalu amat bersyukur pada MU Ya Allah.....
Mudah-mudahan hidup ku akan sentiasa di berkhati, di murahkan rezeki, di panjangkan umur, di tetapkan iman, di dunia dan akhirat... Semoga cita-cita dan impian ku yang belum terlaksana di makbulkan Allah swt...... Semoga juga segala urusan berjalan dengan lancar amin................


Terima kasih tidak terhingga juga kepada mereka yang wish dan moga2 doa kalian untuk aku di makbulkan Allah swt amin........

Terima kasih sayang...... ayang sukaaaaa..... cantikkkkk sangat! Harga dan jenama bukanlah ukuran tetapi tanda ingatan adalah yang paling bermakna bagi ku..... sekali lagi time kasih sayang muahhhhh! Isi di dalam biar hamba je yang tahu....... :)))

Sunday, September 26, 2010

Raya oh raya!

Masih lagi dalam mood raya. Syoknya raya! Open house sane sini... besh woooo.....
Open house pertama rumah Juemell Saffiyah...... menu memang best! soto dia fuhhh sodap!
Open raya + besday party. Kek besday anak juemell n husban
akhirnya dapat gak aku rasa coklat ni... sedaplh...
tgk tu macam-macam adaaaa.....
hah nie lah besday girl.... comel n keletah!
tudung pink tulah juemell.... thanks jue... memang sedap soto yang awak buat!
--------------------------------------------------------
Raya di FTIMDC
Lepas rumah juemell, kami berangkat pula rumah ke 2... ahah.... open house kat rumah RJ @ dewan ler hihihi.... bertempat di Bandar Sunway pejabat FTIMDC. Open house bersama dengan anak-anak yatim dari Puchong.
Kami antara yang tiba awal... sementara RJ tak sibuk melayan tetamu maka kami pun bergambor jelah...... RJ memang sproting!
bersama dengan Wan Norita.... ayu orangnya
Kak izansazlin (BNTB) n Fariha Nuzuruhan pun ada..... voge gitu!
dok belek apalah kak liza tu?
owhhhh.... padanlah.... tengok tu 3D RJ..... cantik wey.... tak perlu buh sarat2 kat baju. Buat kat bahagian siku je tu pun dah nampak cantik sangat!
RJ menyampaikan sumbangan kepada anak2 yatim
Menunggu giliran. Semoga semakin melimpah ruah rezeki RJ.
Amin...
mesti ambik gambor berdua dengannya.... bukan senang tau nak jumpa RJ.
bukan senang juga dapat jumpa kak izan ni.... so bergambor ler kita ye
semuanya tertarik dengan pakaian kak izan. Very the voge!
tgk tu RJ, fariha n kak liza... bukan main drama! Aku n mama simah yoyo oh ni.... hahahaha

Yang pasti open hause di ke dua rumah memang besh! tuan rumah memang ramah tamah.......

Gendang gendut tali kechapi,
kenyang perut kami senang hati.

Kalau ada sumur di ladang bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi!
Ehhhh bukan.... tahun depan buatlah lagi..... hihihihi


Saturday, September 25, 2010

Masih mood raya

Memandangkan sekarang masih lagi bulan raya maka gambar-gambar yg aku upload adalah dalam situasi berhari raya. Layankan jelah ye............... :-)
Lokasi : Bdr sri damansara (rumah aku)
Masa : malam smpi ke pagi hihihihi.....
Tetamu : rombongan cik mamat dari seremban hihihi.....
setiap tahun bilangan ahli bertambah... seronok sgt melayan kerenah adik2. Tapi kali nie x cukup chorum. Tahun ni mak pun join sekali..... semoga hubungan kami berkekalan hendaknya amin. Hope tahun depan umur panjang kita kumpul lg!

hasil dari air tangan aku.... spaghetti, ns grg cina, pecal n sate (yg ni beli)

kek coklat ni wajib ada....

makan... makan dan makan....

baju puprle tu dh mcm QC je!

sesi begambor

Selamat hari raya! raya raya raya...............

Sunday, September 19, 2010

Makan-makan kat rumah mama simah

Aku nie kalau bab makan memang tak tolak... lagi-lagi kat rumah mama simah hihihihi..... sebenarnya kalau di ikutkan masa, aku tak boleh nak join... sebab petang tu juga mama dan adik-adik ku nak datang bertandang ke rumah tapi di sebabkan mereka tak compom lagi nak gerak pukul berape dan kenalan dari taiping pun nak sangat jumpa maka aku curikkan masa juga untuk berhari raya buat yang ke 2 kalinya huhuhuhu.....
antara yang sampai awal....

mira n husband pun ada... mama simah sibuk layan mereka

emmm.... emmm.... emmmmmm.....

layannnnnn.........

Petang itu perjumpaan kami bukanlah ada perancangan yg rapi. Semuanya berlaku last minit je, atas permintaan Elly Alang Mokthar sebelum dia nak bersalin katenya hihihi.... Tapi perancangan yang last minit ni selalunya menjadik! Yang paling besh dapat berjumpa dengan seorang rakan Fb dari taiping... tapi sayang seribu kali sayang.... lupa plak nak amik gambar huwaaaaaaaa!!

Tuesday, September 14, 2010

Seronoknya..... beraya di kampung

Selepas sebulan kita berpuasa tibalah masanya kita meraihkannya..... Seronoknya beraya kat kampung! Kemeriahannya lebih terasa bila sehari sebelum raya kita dah sibuk kat dapur masak rendang, rebus ketupat, kemas rumah, pasang langsir dll.... malam sebelum raya selepas je pengumuman, berdentam dentum bunyi mercun, riuh rendah suara bebudak main bunga api di luar rumah.... memang selonok! Tahun ni giliran raye di kampung aku... tu yang rasa selonok lebih hihihihi...
inilah family tercinta aku...... adik beradik aku tak ramai cuma 5 orang je.
Yang belah kiri nie adik ipar aku, yang paling kecik comel tu anaknya @ anak buah aku Isya Nur Arrisa, yang baju biru tu aku ler dan yang paling kanan adik paling bongsu 1 mak (ayah kawin 2 n kami adalah anak bini tua hihihihi...)
nie kat rumah mak muda...
Paksu n isya......
Isya Nur Arrisa yang suka bergaya... comelkan :)
ayah yang tengah berlenang hati hihihihi.... ponek gak eh....
hahahaha... xleh capai camera mak long... suka dia!
layankan kehendak mama yang nak sangat bergambor dengan bunga orkid hutannya huhuhuhu... yelah ma... kakak tahu bunga tu cantik
kami dah ready nak pergi beraya ni... jom dik ayh dah tunggu tu... bye semua
anak sepupu yang comel... mata dia macam ank patung Alesya Damia bersama mak muda saya
ni kat rumah wak long.... kakak ayah yang paling tua... sejak arwah nenek dah takde maka rumah wak long ni lah yang menjadi tumpuan adik beradik ayah..... pengganti tempat arwah makwek
silalah jamu..... penuh biskut atas meja tu
selepas rumak wak long kami jalan kaki menuju ke rumah anak wak long yang paling tua
Isya masih berusaha nak tangkap camera maklong katanya nk teropong huhuhu....
ok next.... rumah yang seterusnya!
kat rumah wak shajab... abg ayah yang ke berapa ye??? ala... lupalah....
kat rumah wak idris... abang ayah yang no 3 kot... alahai... lupa lagi ler....
kat beranda rumah wak idris
suami saya.... tengok muka dia tu.... layu je hihihihi.... penat ke kekenyangan?
sepupu yang bertandang ke rumah aku.... mama Alesya damia..... mintak tolong aku pegangkan babynya tapi tak nak plak dengan orang.... hihiihi sian mama nak makan pun payah!

Sebenarnya banyak lagi rumah yang kami pergi... adik beradik ayah ada 10 orang dan adik beradik mama pun ada 10 orang... jadi tak terlarat rasanya nak amik gambar kat semua rumah yang kami pergi... lagi pun aku kalau dah jumpa sepupu sepapat memang lupa dunia da.... hihihihihi