klik jangan tak klik!

Friday, September 16, 2011

Cuti-cuti rehatkan badan

Nur Qaireena Amani bt Md Nor Hasani

As salam.... Ya Allah lamanya laaaaa tak update n3 baru dlm blog nie huhuhu.... banyaknya habukkkkk sampai bersawang dh ni hah hihihi..... 

Hai semua... ape khabar? maaflah terlalu lama rumah ini sy tinggalkan. Sy sekarang ini sudah pun selamat menjadi ummi dan dah habis berpantang pun. Alhamdulillah sy selamat lahirkan bby girl pada 07.07.2011. Sy dan baby sihat2 sahaja... 

Untuk pengetahuan sy sekarang ini sedang cuti panjang @ berehat selama yg mungkin dari dunia manik, al maklum ler 8 tahun kami tggu zuriat nie so sy nak beri sepenuh perhatian kepadanya. 

Sy mintak maaf banyak2 kepada beberapa pelanggan sbb terpaksa menolak tempahan anda. Maaf ye... sy masih belum pandai curi masa utk menjahit manik. Sy masih cuba sesuaikan diri dengan dunia baru. InsyaAllah kalau semuanya dah ok sy akan terima tempahan semula. 


Salam sayang dari sy untuk anda semua :)))))

Wednesday, April 6, 2011

Yeah... line intenet dah OK!

from google

Yeah.... line intenet ok juga! hoyey..... selepas 1 minggu lebih bermatian kutu tanpa intenet akhirnya now i verry happy lah hihihihi.... Siaran yang tergendala sudah beroperasi semula :))) happy... happy...happpppyyyyyy!!!


Sebarang pertanyaan berkenaan tempahan manik bolehlah terus email sy or sms or pm on fb ok! Tq.

Tuesday, March 22, 2011

Tempahan Manik Sempena Hari Raya

Pic Ciplak From Google

As Salam dan sejahtera untuk semua...  
Di sini Sunnies Beauty Beads nak buat pengumuman bahawa Tempahan Manik untuk Hari Raya Aidilfitri telah pun di buka. Kepada sesiapa yang nak mencantikkan, mengerlipkan dan menyerikan busana bolehlah hantar dari sekarang ye. 

Sedia maklum, saya sekarang ini sedang berbadan dua maka tempahan manik amat terhad dan hanya menerima tempahan hingga bulan 5 sahaja. 
Sebolehnya saya hanya menerima tempahan Jahitan Manik yang SIMPLE sahaja. Pasti nampak MENAWAN busana anda. TQ.

JANGAN TAKUT Sunnies Beauty Beads CAJ TAK MAHAL PUNYA!


Friday, March 11, 2011

Simple Beauty Lace

DAN sekali lagi busana peribadi, Sunnies pamerkan ;-) Digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan. Kali ini Lace atau panggilan lainnya Tapestri menjadi pilihan untuk memperindahkan busana dari kain satin lembut.
Jarak dekat bhg tangan & leher
Bhg cekak ditangan
Piccas penuh

Perincian yang ringkas menjadi pilihan, sebab itu sunnies gelarkan design ini sebagai Simple Beauty Lace.  
Lace hitam, labuci bunga, labuci silver, manik bulat dan pearl sebagai watak utama untuk memperindahkan busana ini.






P/s: Seronok jahit manik guna lace, walaupun mahal tapi ia cepat dan mudah! Cuma perlu lebih berhati-hati ketika mengemas potongannya kerana benang sulaman mudah terlerai dan labuci yg sedia ada perlu dikemas kinikan supaya tidak terburai.

Thursday, March 3, 2011

The Scattered

Sekali lagi koleksi peribadi empunya diri, sunnies pamerkan. The Scattered nama diberi.... ;-)
 Scattered sane sini
simple
Kekemasan bhg belakang juga perlu di ambil kira

Kain adalah dari jenis cotton cina yang mudah berkedut, ringan, warna yg serabut dan mudah pecah. Hanya bahagian cekak ditangan sahaja menjadi tumpuan. Manik, pearl, bunga organza dan labuci yang memainkan peranan mencantikkan busana ini :)))



Akan menyusul lagi busana sendiri 

Thursday, February 24, 2011

Pesona Mutiara

Pesona Mutiara 

As salam semua.... lamanya aku tak mengupdate n3 baru! dah bersawang rumah kita ni hah! 


Sedia maklum, aku sebelum ini cuti panjang atas sebab buatan orang! hahaha... i preggy ler... so terpaksalah tutup buku untuk seketika okess.. Now kandungan dah 4 bulan lebih so dah ada kekuatan sedikit untuk menjahit semula. 
Bhg leher
manik tabur menjadi sedikit renjisan
simple
Bahagian Tangan

Koleksi peribadi @ baju preggy... kain dari jenis yang nipis dan mudah pecah. Jahitan manik hanya tertumpu pada bahagian leher dan tangan sahaja. Penggunaan mutiara besar, kecil, manik bulat dan labuci sebagai perincian untk mencantikan busana ini :)

Wednesday, January 26, 2011

Dalam Metro 25/01/11

Alhamdulillah pembukaan 2011 ini aku mulakan dengan Berita dari paper METRO. Ada apa ye dalam tu??? ahah... ada ni ler.... METRO bahagian HATI ada terselit cerita tentang PECINTA MANIK! dan gadis si baju MERAH tu aku ler.... hihihihi walau tak terselit bicara ku dalam tu tapi ku bangga kerna GAMBAR ku masuk paper tu... ihikihik....

Pada yang tak dapat beli paper tu ni aku selitkan paper online ye.....
http://www.hmetro.com.my/articles/Terapimindahilangkantekanan/Article


Mood : Semalam banyak terima sms wish tahniah.... 10q korang :) big thanx kepada Faizah Mohamad (wartawan metro) Ecah (jurufoto) Datin Simah (selaku tuan rumah) dan rakan2 beaders.... Majulah Manik untuk Wanita! erkkk... boleh ke guna slogan tu hehehe...