klik jangan tak klik!

Tuesday, October 26, 2010

Kekwa in the progress

KEKWA
In the progress............ something simple but nice.....
Istimewa untuk customer dari Setia Alam..... tunggu kesudahan Taman Kekwa ini :)))






Mood : me In love with kekwa.....

Friday, October 22, 2010

Pearl Beriring

Yang simple menjadi pilihan. Pelanggan dari Shah Alam ini hanya mahukan yang simple saje. 
Cepat, mudah dan simple! Peals menjadi pilihan tatarias diatas baju.



Mood : siap dalam masa 1 hari je!

Monday, October 18, 2010

Kelas Crumble@Sheik Azmi

Rupanya bukan mudah nak buat crumble! Perlu ada kreativiti yang tinggi dan kekemasan dalam menyusun warna untuk membentuk crumble yang cantik dan menarik. Crumble juga boleh dipelbagaikan contoh crumble pelangi, crumbel bunga organza jurai, crumble bunga riben dan banyak lagi la.. yang penting padanan warna adalah peranan yang paling utama untuk membentuk crumbel. 

Pada 17 oktober 2010 bertempat di Jalan Selayang 27/27A (Tmn Bunga Raya) seksyen 27 Shah Alam, saya dan beberapa rakan telah menuntut ilmu dengan seorang sifu yang sememangnya terkenal dengan crumblenya Sheik Azmi@Seri Sulaman Manik.
Menuntut ilmu dengannya adalah satu pengalaman yang menarik apatah lagi beliau seorang yang merendah diri bahkan beliau tidak kedekut memberi jawapan di atas semua soalan yang kami ajukan.

Belajar sesuatu pekara yang baru memang menyeronokkan walaupun pada mulanya susah saya nak paham. Pening pun ada sebab terlalu banyak warna yang digunakan. Bila kita dah paham step by step akhirnya... wahhhh memang berbaloi! Kepada sesiapa yang belum lagi belajar dan anda berminat bolehlah belajar dengan Sheik Azmi


Mood : manyak selonok wooo.... tp sayang tak banyak dan takde pic aku sbb aku sibuk menuntut ilmu :) rugi2 pic takde!

Wednesday, October 13, 2010

Mood malas!

Betapa mood aku sekarang ini teramat la malas!!!! mata nie rasa ngantok bebenor.... nak tidoooo je! 
Bukan setakat mata badan pun rasa sakit-sakit je tekak rasa haus perut kurang rasa lapar tapi malas memang rasa lebih! 
Sebab cuaca ke?
Aduuuhai.... apa masalah aku ni ye?? 
letly ni asyik nak tido je.... jahit sekejab dah rasa letih! 
Baju ada 3 pasang yang nak kena siapkan ni. 
Buat sebelah tangan pun tak sudah-sudah! 
alahai.... pe kes aku ni! kurang vitamin C kot..... 
Ayuh mood baik cepat kamu ke mari.... tolong segarkan aku......
 TOLONGGGG LAaaaaaa...

Mood : masih mencari punca kenapa dan mengapa jadi begini.... 

Saturday, October 9, 2010

Award dari Cik Ma!


Wahhhhh..... I dapat award u all's!! 
Macih la bebanyak kepada cik ma yang baik hati bagi award kat akak ni hah..... tenkiu dear! Tapi kan yang tak berapo beshnya..... Hai... akak tau ler awak tu cikgu, tak kan bagi award pun kena ada soalan cepu perak gak? Akak ni bab jawab soklan memang maleh tu sebab peksa feal hahahaha.... Tapi tak pe demi cik ma tersayang akan ku jawab juga dengan jayanya! chaiyok... chaiyok! (orang dah bagi award banyak pula peal aku ye!)

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....
~ Suka masak!
~ Suka berkarya dalam blog 
~ Seorang guru! (bole ke ni hahahaha)
~ Masih berangan nak kuruskan badan (hahaha akak ciplak dari n3 cikma ni)
~ Tak berapa suka mekup! (hehehehe ciplak lagi!)

huhuhuhu.... betul ke jawapan akak ni cikma?

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
~ Nama sebenar - MASLIYANA BINTI MISNAN@SUNNIES MAS
~ Kerja - PENJAHIT MANIK YANG BELUM BERJAYA lagi......
~ Suka makan, tidur, masak, jalan, membebel, berangan, update blog sendiri
~ Pantang nampak benda bling bling
~ Baran.... degil....cembeng.....sensitif....moody
~Teringin nak pergi LONDON (boleh main salji)
~ Teringin nak pergi KOREA (boleh tengok bunga sakura)
~ Teringin nak ada anak tapi sampai sekarang tak ada rezeki lagi
~ Teringin nak naik kapal terbang (tapi gayat cmne tu?)
~ Teringin nak ada rumah sendiri (bila la tu ye?)

ala... nape cikma suh list 10 je! lebih tak boleh ke???? 

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
1) Kisah arik - kazen yg dah lama tak update blog!
2) Ecah - punca aku terjebak dengan dunia blog!
3) cikma - paling rajin bagi komen
4) kak izan - blog nya terbaikkkk wok!
5) Sani - suami yang sentiasa menjadi tulang belakang ku

Mood : happy... happy.... soklan dah habis!!! thanks again cikma bagi akak award... luv u lah :))




Monday, October 4, 2010

Batuk + Selsema + Demam = KLINIK!!!!!!

ubat ohh ubat.......
tulah.... ketegak sangat! kekonon tu kuat sangat la ye sampi tak payah nak pegi klinik! kalau dah namanya sakit klinik ler tempat yang paling sesuai sekali! bukan OU bukan Midvelly bukan The Curve bukan bukannnnn....... tapi KLINIK!!!!! klinik ok!

oklah.... en hubby menang... mama pun menang huhuhuhu.... adooohaiiiii tak suka! tak suka! menci! menci! nasib tak banyak...... kira oklah tu telan 3 jenis jeeeee.... kikikikih :) now resting time! eh bukan....korok time hahahaha...... dadadididudu.....

Friday, October 1, 2010

Open The Door

Salam Jumaat wahai rakan-rakan blogger ku.... salam dan sejahtera juga kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ku ini.

Nak ambik berkat hari jumaat ni.... Moga-moga pintu rezeki ku sentiasa terbuka dengan luasnya amin...........
Pengumuman...pengumuman..... ibu2, bapak2, adik2 abang2 kakak2 kini TEMPAHAN jahitan manik untuk HARI RAYA HAJI telah pun di bukaaaaaaaaa........ Jahitan manik mengikut bajet anda pun saya terima :) Tempahan manik untuk majlis kahwin dan tunang pun saya terima juga......
Untuk tempahan anda bolehlah hubungi saya melalui cara yang sudah saya terterakan dipost sebelah kanan ini.
Terima kasih.