klik jangan tak klik!

Saturday, April 17, 2010

Masalah-masalah

Pening fening....... macam mana nak jawab ni... semua orang asyik tanya kenapa mereka tidak boleh link blog aku? kenapa bila aku update blog mereka tidak tahu? Ola ola ola..... aku sendiri tak boleh nak jawab..... sbb aku sendiri tak tahu apa masaalahnya... puas dah godek, rasanya tak ada apa pun yang tertinggal masa aku mula-mula create blog ni...
Tulun-tulungggg.... sesapa yang tahu tolong bagi tahu ok.. tolong info kat aku!

TQVM........ luv u all!

Tuesday, April 6, 2010

The Best Award From Nenek.....

Hureyyyyyyy..... dpt award! Tenkiu very much to nenek yg bg anugerah ini. Tenkiu to Datin Elly yang cadangkan nama aku. Baru pertama kali aku dapat award, walau tak layak sebenarnya. Nenek terima kasih banyak-banyak ye atas anugerah ini. Terima kasih sudi beri pada cucu yang tak tahu malu meminta.......

Monday, April 5, 2010

Pertandingan Sulaman Manik & labuci FTIMDC 2010

Hari yang di tunggu-tunggu sudah pun tiba dan sudah pun berakhir... Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar. Kesihatan yg cermerlang selepas operation mengizinkan aku untuk hadir ke majlis Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci FTIMDC 2010.

Majlis yang di adakan di Menara Yayasan Tun Abd Razak
memang meriah dengan kehadiran tetamu2 yg terhormat, di banjiri pula dengan ahli-ahli beaders yang Otai dan baru. Pertama kali menyertai majlis seperti ini benar-benar menyeronokkan kerana selain dari dapat cuci mata dengan dsign-dsign yang cantik, menarik lagi tertarik tetapi dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan beaders yg selama ini hanya berhubung melalui FB sahaja. Terima Kasih kepada Pn Rosita Jaafar yang menganjurkan majlis seperti ini. Tujuannya sugguh murni hanya untuk memartabatkan kaum wanita ke tempat yg lebih tertinggi. Yang lebih menariknya bukan sahaja dapat sokongan dari kaum HAWA tetapi dari kaum ADAM juga! Syabas Puan Rosita....

Hemm.... pertama kali menjejakkan kaki ke Menara Yayasan itu, dengan tema Kebaya Kontemporari, hati sudah berdebar-debar, teruja dan terkejut. Bedebar untuk bertemu semula dengan akak-akak yang sama kelas dengan Noramanik dulu dan teruja untuk berjumpa dengan kenalan baru.

Perjumpaan dengan kenalan yg sudah kenal dan yang baru kenal memang meriuhkan suasana. Riuh hingga RJ kata... 'suara korang boleh dgr smpi meja VIP!' sori RJ. Paham-paham jelah mulut pompuan ni, bila dh jumpa memang tak boleh nak control da......... kikikikih :)


Baju nie aku beli dekat EKANO... susahnya nak cari kebaya sebab saiz badan aku yg kecik ni hah. Dah saiz S pun kena alter gak... huhuhu nak buat camno baka kecik da...........


Buah tangan dari FTIMDC, mug dan bunga telor yang di perbuat dari manik..

Kak Izan 72, cantik orangnya. Selama ini cuma tengok blog dia je. Berbual dalam FB pun jarang. Suka sangat tengok hasil kerja tangan dia. Otailh katakan..

Tunjuk ajar ku SIFU! amboi-amboi kak nora bukan main cantik dia dengan bajunya..
Berbaloi-baloi! Petang tu kak nora di anugerahkan pakaian tercantik! wallawey memang cantik meletupppp baju dia dik nun............

Masa duduk kat meja makan, mata ini dah melilau mencari seseorang. Dia ku cari sebab aku suka sangat baca blog dia, suka sgt dengan dsign dia, suka sgt cara dia. Very The Vouge!
Tu dia... bila dh jumpa aku terus sapa. Tak malunya aku ni! Ternyata dia ramah! sangkaan aku orang yang glamour seperti dia kurang mesra tapi tidak! Dia mesra dan friendly. Peluang yang ada jangan di lepaskan so bergambo lah kita ye....... suka-suka! hehehe

Datin Shima yang ramah dan sentiasa merendah diri. Suka dengar dia berborak. Thks for you kuih karipap! sedappp........

Tulun-tulunnn.... perebutan blakberry! hihihi apa-apa saja si Datin Elly dengan ija ni. Apa ek masalah dia orang masa tu? tp cuba perhatikan org yang kat sebelah tu, dok buat apalah tu smpi jiran sebelah riuh pun dia buat dek je.........

kenalan baru dari FB. Dari kiri akak lyana, kak yati, kak aida (ni dh kenal), abang aziz dan abang sheik.
Jejaka-jejaka hensem yang terselit ni jangan main-main tau! jari jemaari mereka ini sugguh berseni bila menyulam manik! jangan pandang kaum adam sebelah mata wahai kaum hawa ye....

Kak fida yang mulanya malu-malu kucing. Mula-mula je.. lepas tu dia dengan aku tak ada kerja lain, dok belek manik kat baju orang! berangan semunya boleh buat. Hahaha... takpe tahun depan kita sama-sama masuk pertandingan manik dan labuci ye. Mana tau kita menang kan? hihihi

Queen in FTIMDC Rosita Jaafar. Tengok tu body dia.. pehhh cantik macam anak dara! Masa kat rumah aku dah set nak ambil gambo dengan RJ tp bila dh jumpa depan mata, dek terpukau dengan kecantikan dia terus lupa! ayoyooooo..............

Jangan salah paham, ini bukan mengumpat or mengata tetapi sedang menguyah kuih... lapor ler. Majlis lambat mula, tu yang dah kebulur masing-masing. Tengok muka kak doris tu, bukan main serius mengunyah. Kak Yati dan Dantin Shima seperti serius membicangkan sesuatu....
Kak Doris yang cantik menjadi perhatian para camera. Bukan sebab dia artis tp sebab baju dia yang ada klass! sayang aku tak snap masa dia orang dok sibuk belek baju kak doris ni :(


OMG!!! this lady very the HOT! hahaha.... dari mula kenal sampi sekarang memang tak berubah! hui.... dari pagi sampi ke petang ada saje benda yg di celotehkan. Kerja dia tak lain, amik gambo candid! Memang meriah! meriah dengan kemesraan dia yang ramah tamah dan becok yg teramat sgt.
Kak... love u so much! You Datin yang tidak mementingkan pangkat dan darjat. Hope sampi bila-bila dia akan ramah tamah dengan semua orang.

Mama yang penyangan dengan cicak man! gelaran tuk anak dia yang hensem boy. Tukang jahit yang di mana-mana sajaha boleh jadi! Baru ku tahu kak aida ni pun gila-gila gak orangnya. Besh dapat kenal dengan akak. luv u kak aida!

Sekali lagi dengan kak nora. Pinjam baju boleh hihihi :)

Jangan lepaskan peluang... time nilh nk bergambar dengan semua orang. Bukan senang dapat kumpul macam ni. Lagi-lagi dengan RJ yang glamour tu :)