klik jangan tak klik!

Wednesday, June 16, 2010

Perasmian Kedai Manik Mira @ Seragam Baju Putih

Alhamdulillah.....
Ahad 13/6/2010 Amira Adli telah mejemput kami, kumpulan si baju putih untuk meriahkan lagi mengkecohkan majlis perasmian kedai manik mira. Walau kedai masih tidak sempurna sepenuhnya namun di hati kami tiada cacat celanya. Apa yang penting gengdang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati ( di tujukan khas untuk aku... kuang3) Macam-macam ADA....Tahniah kami ucapkan kerana cita-cita mira untuk membuka kedai manik tercapai. Jom kawan-kawan kita pakat ramai2 borong manik kat kedai mira....


Siapakah kami????? jeng jeng jeng.... kamilah kumpulan Si baju putih ~ kikikikih. Putih itu bersih dan suci.. semoga hubungan kami sentiasa bahagia sama seperti warna baju yang kami pakai ini. Hati murni dan suci.

Cop!!! Tangan jojet seperti geram melihat manik-manik yang melambak di atas meja. Beli-beli........

Datin Simah dan Mira ~ apalah yang di bualkan tu ye...

lawat tapak... mira sedang memberi penerangan tentang perancangan kedainya... Syabas mira! Kami semua setuju.........

Kumpulan baju putih yang sedang berkeliaran tanpa pengawasan. Bebas begerak ke mana-mana sahaja. Lagak mereka seperti sesi suai kenal je....

Siap sedia membantu apa yang patut... berkojolah kito sekueknyo.....

Doa saya semoga kedai mira maju dan jaya begitu juga dengan kumpulan si baju putih semoga kita suscess bersama-sama dengan harapan yang menggunung tinggi untuk Wanita Malaysia!
Terimalah serangkap pantun dari saya

2,3 kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, 2,3 boleh di cari mana nak sama kami sekumpulan..... wakakakaka

Sunday, June 13, 2010

Salju Si Sisik Ikan

Baju nikah.... milik Puan mimi untuk bakal butik pengantinnya. Asalnya baju nie pada bahagian lehernya kosong tapi puan mimi minta saya serikan lagi dengan manik. Di sebabkan bahagian badan dah penuh dengan bunga so rasanya tidak sesuai kalau saya saratkan lagi dengan manik-manik. Maka dengan itu saya buat sesimple yang boleh di bahagian leher dan tangannya (saya gunakan teknik double wing). Harap puan mimi suka!



Tuesday, June 1, 2010

Bengkel Sehari Asas Sulaman Manik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Nak nampak baju anda lagi glam n cantik? bling-bling? sesuai sangat untuk Hari Raya Aidilfitri nanti . Jom sertai bengkel ini.... Pasti baju anda akan nampak lebih cantik menarik dan tertarik :)




Sebuah bengkel Asas Sulaman Manik akan diadakan.Anda akan diberi tunjukajar menjahit manik dengan penggunaan manik dan labuci.
Sulaman-sulaman asas ini akan dapat membantu anda mencantikkan busana Hari Raya atau sebagai menjana pendapatan sampingan anda.

Sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri,sebuah bengkel akan diadakan seperti dibawah

Tarikh : 03/07/2010 dan 31/07/2010

Tempat : Shah Alam

Waktu : 8.30 pagi - 4.00 petang

Yuran : $ 150.00

Yuran yang dibayar meliputi

Sijil penyertaan
Nota
Peralatan Jahitan
Makanan Tengahari dan Minum Petang

Pada sesiapa yang berminat sila hubungi :-


Masliyana binti Misnan ~ 019 300 3421



Tempat amat terhad,sila buat penempahan tempat dengan pembayaran deposit $100 sebelum bengkel.