klik jangan tak klik!

Tuesday, March 22, 2011

Tempahan Manik Sempena Hari Raya

Pic Ciplak From Google

As Salam dan sejahtera untuk semua...  
Di sini Sunnies Beauty Beads nak buat pengumuman bahawa Tempahan Manik untuk Hari Raya Aidilfitri telah pun di buka. Kepada sesiapa yang nak mencantikkan, mengerlipkan dan menyerikan busana bolehlah hantar dari sekarang ye. 

Sedia maklum, saya sekarang ini sedang berbadan dua maka tempahan manik amat terhad dan hanya menerima tempahan hingga bulan 5 sahaja. 
Sebolehnya saya hanya menerima tempahan Jahitan Manik yang SIMPLE sahaja. Pasti nampak MENAWAN busana anda. TQ.

JANGAN TAKUT Sunnies Beauty Beads CAJ TAK MAHAL PUNYA!


Friday, March 11, 2011

Simple Beauty Lace

DAN sekali lagi busana peribadi, Sunnies pamerkan ;-) Digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan. Kali ini Lace atau panggilan lainnya Tapestri menjadi pilihan untuk memperindahkan busana dari kain satin lembut.
Jarak dekat bhg tangan & leher
Bhg cekak ditangan
Piccas penuh

Perincian yang ringkas menjadi pilihan, sebab itu sunnies gelarkan design ini sebagai Simple Beauty Lace.  
Lace hitam, labuci bunga, labuci silver, manik bulat dan pearl sebagai watak utama untuk memperindahkan busana ini.






P/s: Seronok jahit manik guna lace, walaupun mahal tapi ia cepat dan mudah! Cuma perlu lebih berhati-hati ketika mengemas potongannya kerana benang sulaman mudah terlerai dan labuci yg sedia ada perlu dikemas kinikan supaya tidak terburai.

Thursday, March 3, 2011

The Scattered

Sekali lagi koleksi peribadi empunya diri, sunnies pamerkan. The Scattered nama diberi.... ;-)
 Scattered sane sini
simple
Kekemasan bhg belakang juga perlu di ambil kira

Kain adalah dari jenis cotton cina yang mudah berkedut, ringan, warna yg serabut dan mudah pecah. Hanya bahagian cekak ditangan sahaja menjadi tumpuan. Manik, pearl, bunga organza dan labuci yang memainkan peranan mencantikkan busana ini :)))



Akan menyusul lagi busana sendiri