klik jangan tak klik!

Monday, August 30, 2010

Secantik Wan Sri

Baju yang aku paparkan kali ini adalah hak milik seorang pelanggan dari Seremban yg bernama Wan Sri..... Seayu orangnya secantik bajunya....

sebelum memulakan harus dilakar atas kertas dulu
Selepas itu warnakan....
dan inilah hasilnya....

bahagian tangan hanya jelujur labuci bunga plastik dan juntaian manik manakala bahagian lapisannya hanya jelujur manik bulat...

Semoga Kak Wan bertambah seri di pagi raya dengan hasil tangan ku yg tidak seberapa ini :))

Labuci bunga, manik padi, manik kristal, manik bulat dan pearl sebagai perincian dibusana ini.

Sunday, August 22, 2010

Baju raya saya edisi 2 ~hanya lakaran~

Kali ini aku bukan nak tunjukkan baju tapi lakaran yang aku lukis di atas kertas sebelum dsign kat baju..... adalah pekara biasa bagi seorang penjahit manik akan melakar terlebih dahulu dsign-dsign mereka sebelum di jahit di atas baju pelanggan atau pun baju sendiri. Tapi bagi yang dah mahir mereka akan terus je bermain manik atas kain dan menghasilkan disign yang cantik lagi menarik.... macam kes aku pulak... dsign beriya-riya tapi nanti dekat baju lain jadinya huhuhuhu.... tapi untuk kali ini aku macam berjaya je dengan apa yang aku dsign atas kertas, aku jahit sama kat atas baju..... takdelah 100% sama :))


bahan-bahan yang aku gunakan
kristal
pearl
silinder
manik
sequins flower (betul ke ni)
pearls padi

Tungguuu...... hasilnya akan menyusul kemudian hari hihihihi.........

Saturday, August 21, 2010

lily Di Rantai

Baju ni bukan untuk raya pertama tapi untuk raya ke 3 atau ke 4 atau pun ke 5 hihihi.... tahun nie warna tema raya kami biru pekat tapi baju tu mama tak siapkan lagi.... dan baju yang aku tunjukkan ni sebenarnya dah lamaaaa siap....
Jahitan dari Busana bonda dan kainnya dari Nagoya textile....

sebenarnya susah nak buat pilihan warna manik yang sesuai... memandangkan baju ni terlalu meriah warnanya.... teringat pesanan Pn Rosita Jaafar ~pilihlah warna yang paling sikit, baru manik tu akan teserlah~ maka putih dan pink lah yang menjadi pilihan...

kredit to Datin Simah yang bagi idea untuk mencantikkan busana ku ini :))

Friday, August 20, 2010

Ketenangan

Ketika kepala berserabut dengan bermacam-macam masalah, melihat kehijauan adalah sesuatu yang amat memberikan kita ketenangan. Hijau yang mendamaikan mata, hijau merehatkan otak dan hijau menenangkan jiwa.... percayalah.....

Tarik nafas panjang kemudian lepaskan perlahan-lahan. Biarkan mata itu merenung gambar itu dalam-dalam.... kita akan rasa asyik je.... tenangnya hijauan di sekeliling kelopak air di tambah pula dengan pantulan awan di permukaannya..... damaikan?

Lepas layan hijauan...... mari kita layan senja nan indah pula. Tengoklah matahari tu dah nak terbenam.... bayangkan kita duduk atas bangku tu sambil kita layan angin senja yang sejuk dan mata kita melihat sebahagian bumi yang terang hampir menjadi gelab..... rehatkan otak kita?

Akhir sekali selepas mata kita dah damai, otak pun dah rehat maka kita tambahkan lagi dengan membaca Al-Quran.... hayati dalam-dalam setiap bait ayat-ayat itu. Sebutlah dengan jelas dan terang Insya Allah..... tenangnya jiwa kita ketika membacanya.... Alhamdulillah akhirnya serabut di kepala pun hilang....
sesungguhnya yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah SWT

Thursday, August 19, 2010

Three in One

Baju yang saya paparkan ini adalah hak milik adik ipar..... Disign ni saya gelarkan 3in1 sebab ada 3 jenis jahitan yang saya gunakan, beriring, jelujur dan tabur. Semuanya saya gabungkan jadi 1. Sebenarnya susah saya nak disignkan di sebabkan corak bajunya yang berjalur di tambah pula dengan warnanya yang lebih dari 2 kaler, tangannya yang bercekak tinggi dan kainnya yang licin dan mudah pecah. Ketelitian amat di perlukan ;-)

lingkaran jelujur dan renjisan di setiap ruang kosong adalah idea dari seorang hamba Allah swt. Kalau nak di ikutkan lakaran yang dia berikan pada saya, lebih cantik sebenarnya tp saya ubahkan sikit supaya ia nampak simple dan ringkas.
Alhamdulillah adik ipar suka dengan dsign ni..... :))
Manik silinder, labuci bunga, pearl dan manik bulat sebagai perincian untuk busana ini.

Wednesday, August 18, 2010

Hijau



Baju nie asalnya pada bahagian badan dan tangan kosong sahaja. Cuma leher dan tangannya saya jahitkan manik beriring. 


Bulan lepas sepupu saya bertunang dan berkehendakkan tema hijau. Disebabkan last minit plan, saya sambar je baju yang ada. So baju itu saya tambahkan saja bunga-bunga manik dileher, badan dan tangan. Sebenarnya baju ni saya jarang-jarang sekali pakai sebab saya tak berapa suka dengan warnya. Tapi sekarang rasa sayang pula kat baju ni hehehe...... kredit to Datin Simah, lakaran ini adalah dari idea dia :))
Manik padi, labuci bunga dan pearl menjadi perincian dibusana ini.










Hijau itu perkasa wakakakaka....

Thursday, August 12, 2010

Letih dan lesu

Semalam puasa hari pertama takde pun rasa letih tp hari nie rasa letih semacam! lesu, penat dan mengantuk sangat (yang pelik bila pejam tak maun lak lelap dari malam tadi!). Mengalahkan budak kecik aku ni hihihi... Agaknya terlalu menekun jahit manik sampai aku abaikan kesihatan. Cuma tadi pukul 3.30 petang aku paksa mata ku lelap dan akhirnya... walla! susah nak bukak matalh pulok.... aduhai.... mata celiklah... aku nak bangun masak ni.....

Lagi satu, sahur pagi tadi pun serupa tak sahur je... tekak macam tak boleh nak terima makanan walhal selalunya kalau sahur dengan sup bukan main laju aku makan! Huhuhu.... janganlah demam :( masih ada baju lagi yang perlu aku selesaikan....

Kalau dapat pekena laksa masa buka nanti mesti best kan??? nak-nak time badan tengah lesu ni, makan benda yang masam-masam ada sikit pedas-pedas pasti jadi segar! Harus ku cari laksa.............

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan untuk semua


Bismillahhirrohmannirrohim......

Alhamdulillah Ramadhan al-mubarak datang lg :) Ya Allah sesungguhnya aku panjatkan kesyukuran pada MU kerana memanjangkan umur ku untuk menikmati kebesaran bulan Ramadhan yang penuh pahala, keberkathan dan ampunan Allah swt. Berilah aku kekuatan dan kesihatan yang sempurna agar ku mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna ~amin~
Kepada semua umat Islam di dunia ini saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sama-samalah kita menjalani ibadah puasa yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan penuh keberkathan untuk kita semua. Selamat beramal ye.... :))