klik jangan tak klik!

Friday, May 28, 2010

Pasti Berjaya!

Setapak lagi menuju kejayaan......... InsyaAllah mudah-mudahan akan di permudahkan jalan dan di murahkan rezeki :)
Malam itu pada 27/05/2010...... sesungguhnya
Perjumpaan di Kelab Selangor Shah Alam memberi seribu pengertian apabila kami sebulat suara, seiya sekata, seiring dan sejalan akan bersama dengan mereka yang amat menyintai dunia manik. Tidak hanya untuk kaum wanita sahaja tetapi kaum adam juga amat di alu-alukan. Ye... sungguh ini bukan tipu-tipu punya! semuanya masih dalam persediaan tunggu masa saja untuk di lancarkan. So biarlah rahsia terlebih dahulu okkkkeys....... Yang pasti kita enjoy n fun!






Tuesday, May 18, 2010

Semanis CT

Semanis CT secomel wajahnya....
Baju ini pertama kali mendapat sentuhan dari saya. Alhamdulillah selepas di tunjukkan ternyata tuan empunya baju suka dan berpuas hati dengan dsign yang simple ini. Sesuai di gunakan ketika bertandang ke rumah saudara mara selepas melansungkan perkawinan nanti. Doa saya semoga CT selamat melansungkan perkawinannya pada 6/6/2010 ~aminnnn~



kain ini dari jenis yang nipis dan jarang



Sunday, May 16, 2010

Jangan tak caya mak2 masuk METRO dik nun

You all mesti tekizutttt kan??? METRO? siapa? apa kes ni?? glamour ke?? hahahaha.... chill out girls banyak sangat soalan tu..... meh mak tolong jawabkan satu-satu.

Amboix3... tulah jangan pandang kaum hawe yang suri rumah ni sebelah mata tau? apa? ewah..... asal suri rumah je tak de keje lain lah tuuuu... asyik-asyik habihkan poket laki! tak pun, hah tu dok tengah ngumpat si nun lah tu.... "eh kau tau tak si polan tu..." "eh tak tau ke...."

No no no no..... tolonglahhhhhh! zaman umpat-mengumpat bawah tangga, tepi tembok, celah pintu, celah kain... opssst.... dah tak ada dah semua tu okey. Tak main lah. Sekarang ni kan dah zaman IT, onn je intenet bukalah FB. Hah amik kau semuanya ada! tak percaya? try test lah.....

Sudah-sudah... merepek merapan dah aku ni STOP!!!

Now i tell u the true story okeysssssss.............
Kisah bermula apabila Datin Simah mempelawa kami yang suri rumah ini untuk di interview oleh wartawan METRO. Tajuk utamanya ialah Bagaimana suri rumah mengisi pendapatan (lebih kurang camtulah... mak kalau salah tolong betulkan ye) Maka dengan langkah kanan lagi besar tapak tangan sepantas kilat kami setuju! hui... sapa yang tak nak.... muka acik masuk paper tuuuuuuuuuuu.. so sebelum wartawan sampai gambar-gambar di bawah ini adalah edisi lepakking :)

me, kak yati n datin elly asal bergambo je mesti di apit dan tersepittt..... i like!

ija and sis doris... jari sis tu tunjuk tanda apa ek???

dialog kak simah "apa yang u buat ni? u tau tak ranting ni x cukup kuat? x padan dengan bunga-bunga u yang montok-montok ni?"

dialog kak elly : hish cikgu ni... u jangan main-main... i pergi class tau! alah... oklh ni... bajet ciput je ni"

Dialog kak simah " ish budak ni memang degil! nak suh aku buat lah ni?" maka kemenangan pun berpihak pada anak murid yang melawan cikgu.. dan terhasillah poco-pocong!



baju-baju di atas bakal masuk paper METRO. Kepada tuan empunya baju kalau anda ternampak baju ini nanti TOLONG JANGAN SAMAN KAMI ~ ngeee....

sesi makan-makan. wow masakkan kak simah memang meletopp!! sodap hingga menjilat jari! jangan di tanya kenapa gambar ini kabur. Inilah hasilnya kalau sambil makan sambil tangkap gambar.... sis doris jangan mare :)

sesi cuci mulut... kenduri rambutan.. buahnya gebu isinya manis.

inilah wartawan METRO. Yang baju hitam tu yang bertanggung jawab menginterview kami dan yang baju pink tu fotografer nya..... dia orang tersangatlah ok... sempoi n sporting nge nge nge (kalo boleh muka akak tu kasi besar sikit nnt ye!)

Pesan kak simah, kepada meraka yang tiada dalam nie janganlah berkecil hati ye... kak simah amat faham dengan kesibukkan masing-masing. Insya Allah di lain hari dan kali kita gather2 lagi ye.... (wah memandai je aku wat ucapan)


Sis Doris... mas rasa kita patut tubuhkan clublah... mesti besh kan? 6 bulan sekali kita adakan perjumpaan. Kalau nk collect duit pun ok gak.. selain dari berkumpul, kita bole bagi peluang kepada meraka untuk berniaga.. sebagai contoh jual manik, kain ela, jual patung kikiki... apa-apa jelah janji meriah! ok tak???


Friday, May 14, 2010

Beaders Gathering @ Datin Simah House

9/05/2010 adalah aktiviti yang paling menyeronokkan yang tak mungkin aku lupakan. Perjumpaan ini memang bermakna di hati kami. Riang ria di petang ahad. Jom kita layan gambar yang ada :))

Datin Simah (tuan rumah) yang sporting lagi humble. Terima kasih atas kesudian akak menjadikan rumah akak sebagai tempat perkumpulan ahli-ahli beaders yg riuh lg kecoh! hihihi.

Tetamu terhormat Puan Rosita Jaafar juga turut hadir meriahkan majlis.... TQ RJ! seronoknya dapat gambo berdua dengannya... heheheeeeeeee.......

RJ memberi tunjuk ajar macam mana nak buat lakaran sebelum di bentuk atas kain... masing2 kusyuk mendengar penerangan RJ.... bukan main muncung mulut rj ngajor kalau korang tak paham gak tak taulah! kena bagi sorang-sorang minum air rendaman manik kuikuikuikui............... i gurau je :) tolong jangan PANGKAH saya! kuang kuang kuang.....

Ija dan kak aida tekun mendengar (sejuk perut cikgu) tapi......... yang kebalakang tu... amboiii kemain lagi korang ye!!! cikgu babap dia org tu... hihihi......

With kak aida... tuan empunya BUSANA BONDA dan tailor yg berjaya :)) nasi lemak bungkus ku mana mak? huhuhu.......

Elly manik... selepas dari kelas kak nora baru ni dapat jumpa dia... hihihi... mama yg tengah pegnent 4 bulan tp masih aktif menjahit.... akak doakan elly dan bby sihat dan selamat hingga melahirkan aminnn:)

Tu dia.... masing-masing dh start nk menggediks. Ehhh... bukan senang tau nak tengok mak2 ni possing macam ni? edisi terhad ni. Mana tak menggediks! time ni jelah masing-masing lepas dari pandangan suami..~ngeee~ ahaks kamilah PANCA BEADERS!

wahhh maun rambang mata nk pilih ni ;0 Di mana ada manik di situ ada AMIRA ADLI! Di mana ada AMIRA di situ ada manik ngeeee.....

Jangan pandang sebelah mata hanya kerna kami wanita.... asyik tangkap gambar orang je.. kami pun nk interframe gak....

Pertama kali bersua muka tapi macam dah lama kenal.... mereka yang amat sporting... konon2 nak cari ilham lah tu.... ke nak cari cicak atas syiling?

kesian RJ tak senang nk makan asyik kena kacau je huhuhu MH ni memang noty... kak imass yg malu2 kucing... meowww....

acara WAJIB! tak sah kalo tak gambo berdua dengan HOT MAMA ni..... hihihi... kak elly yang sentiasa cantik meletuppp. Nak cheesecake kak......

Coklat from juamell.... ramai yang kata sedap! sayangnya aku tak dapat nak rasa... huhuhu biasalah camera women ni mana ada masa nak makan wakakakaka!

Macam-macam ADA..... terima kasih kepada semua yang membawa portluck. Korang memang best!

me, kak yati dan Datin Elly.... auwww aku di apit dan tersepit.... suka-suka!


Sebelum bersurai kita tangkap gambor dulu!

Bunga rose pink dari Datin Simah sebagai penghargaan dan tanda kasih sayang darinya sempena HARI IBU. Terima kasih kak simah... kebaikan mu hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalasnya. Doa kami semoga akak di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki aminnn.
Kredit kepada SIS DORIS yang berusaha bersunguh-sunguh untuk mengumpulkan semua beaders dalam satu kumpulan. Bukan kerja yang mudah! Walaupun masih ramai lagi ahli beaders di luar sana yang tak dapat nak join namun yang ada ni pun sudah cukup mengagamatkan!

Sesungguhnya.... perkumpulan kami ini memang tidak sia-sia. Selain dari dapat makan (makan dulu yang di sebut), kita juga dapat mengeratkan hubungan yang selama ini hanya berhubung melalui FB sahaja. Tapi apa yang penting kemurahan hati RJ mengajar dan memberi tips yang amat berguna (free tau) kepada kami :)) Terima kasih RJ...

Saturday, May 8, 2010

Warna warni Shimmering Flora

Sentuhan pertama dari saya.....
Setelah sekian lama menyepikan diri akhirnya saya beranikan diri untuk menguji tangan ini dengan dsign yang amat popular di kalangan beaders. Memang tabik spring pada mereka yang terro bermain SF di atas kain... wa tabik sama lu!

Ye ternyata untuk mengilhamkan SF bukan mudah... kena ada ketahanan jiwa yang tinggi.. Hahaha poyo je aku ni ;) tp memang iya, kita kena tahan sakit tengkuk, sakit mata dan lenguh tangan :))
TETAPI....................
Apabila hasilnya menjadi... TERNYATA memang ia menyeronokkan untuk saya membuat SF lagi!!!
Terima kasih Kak Yan bagi mas tips yg amat berguna (memang menjadi tips akak tu) opppssss biarlah rahsia hihihihi.....


Kembang Semangkuk

Kenapa Kembang Semangkuk?? hihihi... sebab bunga tu terlebih kembang sudah!!
Sisik ikan yang tetap menawan di hati :)) simple dsign dan saya amat suka membentuknya di atas baju sweater pendek yang di pandankan dengan t-shirt ketat :)) enjoy.....






Da Purple Sisik ikan

Saya suka sangat dsign labuci begini, Sisik Ikan. Pada saya dsign sebegini amat sesuai dirias dimana-mana sahaja jenis baju. Tak kiralah baju kurung, blous, kebaya dan sebagainya....
Sebenarnya dsign sebegini boleh dipelbagaikan dengan macam-macam bentuk labuci dari jenis yang besar hinggalah sekecil labuci :) 


bahagian tangan

Labuci besar dan kecil, manik padi, labuci bunga dan pearl menjadi perincian di atas baju ini.


Koleksi Peribadi ;-)

Happy Mother's Day

Mengambil kesempatan di sini saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua kaum HAWA yang bergelar ibu....
Kepada MAMA ~Happy Mother's Day~ Kakak sayang sangat kat mama ;) Tak lupa juga pada makcik n ibu mertua. I love u all so much.... Tidak ketinggalan kepada sepupu-sepupu dan kawan-kawan juga... You all the besh mom in the world :)))

Bunga ini amat istimewa untuk anda semua, di petik dari taman Datin Elly (lilies and lavender) the Hot MAMA!
Katanya sumber inspirasi kepada saya untuk bergelar ibu suatu hari nanti..... semoga doanya di makbul Allah swt ~aminnn~

Thursday, May 6, 2010

Wajah Baru

Di mulakan dengan Bismillah di sudahi dengan Alhamdulilah...
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya aku berjaya juga menukar wajah lama ke wajah yang baru dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi, menuju puncak gemilang cahaya (ehhh... lari topic dh ni ) Atas sokongan kawan-kawan dan bantuan Hubby akhirnya masalah dapat di selesaikan :)) Sayang sangat dengan blog yang lama, terlalu banyak jasa dan kenangan yang ada tapi what to do.... SELAMAT TINGGAL SAYANG huhuhu sob..sob..sob..... (wayang lebih je ni) Mudah- mudahan dengan wajah baru ini rezeki aku akan lebih melimpah ruah... ~aminn~

Apa-apa pun nak habaq mai, yang sebenornya penat dan leceh juga rupanya, sebab banyak kerja yang perlu di lakukan sebelum pindah rumah baru. Biasalah tu, tak ada yang mudah pun kat dunia nie, cuma saja je ngada-ngada nk cerita. Mula-mula kena coppy paste blog list (banyak tu) pastu coppy paste gambar (pun banyak gak ni) pastu khabarkan pada semua kawan-kawan dan sepupu serta adik yang setia follow
( tenkiu sayang... luv u all so muah) last sekali toch up kasi lagi cantik.

Dengan besar hati yang teramat saya mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke my new baby :))
Terima kasih pada kak Izansazlin, Aisyah , arik & sya fyn kerna sudi mencuba untuk membantu menyelesaikan masalah yang lama :)) trimas sangat-sangat jasa mu ku kenang sampi ke tua hahahaha.....

Dan tak lupa juga pada Akma yang akhirnya memudahkan segala kekusutan di kepala dengan cara
"sye rasa akak create je blog baru..tapi akak listkan blog lama akak dlm blog baru tu..at least follower akak yg lama masih tau akak nyer blog lama ada lagi...sye dh lama perasan sejak saya list kan blog akak ni dlm blog saye...ada simbol pangkah dekat nama blog akak tu...same mcam kawan saya...tapi kwn tu x berapa aktif..mybe dia x perasan....camnilah....aritu kan sye suggest tukar background...cube try tgk..kalo x de apa2 perubahan..akak bukak je blog baru...yg list blog kawan kite bleh jer copy paste web dorang...x yah susah hati lah kak mas...insyaallah kalau dh rezeki akak...tak kan hilang customer n follower akak tu nanti kalo dh bukak blog baru k.............:)"

Dengan kata-kata itulah MAKA terhasillah Sunnies Beauty Beads..................

Horeyyyyyy.... my new baby so pretty! ehekehek..... PERASAN!!! hihhihi.... puji diri sendiri tak salah pun.. kan kan kan :)



Tuesday, May 4, 2010

Terima Kasih Nenek UniQue

Kesulitan amat di kesali

Minta maaf banyak-banyak atas kesulitan yg sedang di alami sekarang ini, kepada mereka yang suka follow up blog saya. Untuk pengetahuan semua, saya akan tukar blog ini ke laman baru, wajah baru dan gaya baru hihihi :)
Sebenarnya blog saya sekarang ini sedang mengalami masalah yg tidak tahu kenapa? mengapa? dan tidak boleh di selesaikan :( huhuhu what to du??? sob..sob..sob.. kena creat blog baru ler gamaknya...
Dalam hati, memang tak sabar nak selesaikan semua masalah ini sbb saya dah tak sabar nk upload baju2 yg sudah di manik manikkan hehehe..... tangan ni dh gatal nk upload je!!
Sekali lagi saya mohon maaf seribu kali maaf di atas semua kesulitan ye....... :(
Va va va.... gaya wa ckp ni macam wa ada peminat je... huhuhu ada peminat ke??
Apa-apa pun tungguuuuu........ see u!!