klik jangan tak klik!

Showing posts with label Manik. Show all posts
Showing posts with label Manik. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

The Scattered

Sekali lagi koleksi peribadi empunya diri, sunnies pamerkan. The Scattered nama diberi.... ;-)
 Scattered sane sini
simple
Kekemasan bhg belakang juga perlu di ambil kira

Kain adalah dari jenis cotton cina yang mudah berkedut, ringan, warna yg serabut dan mudah pecah. Hanya bahagian cekak ditangan sahaja menjadi tumpuan. Manik, pearl, bunga organza dan labuci yang memainkan peranan mencantikkan busana ini :)))



Akan menyusul lagi busana sendiri 

Sunday, November 14, 2010

Colourfull Double Wings

 Bahagian leher...
 Tangan....
Gambar penuh.....
Alhamdulilah... baju yang ke 2 siap sudah... masih tuan yang sama... pemilik baju ni berkenan sangat dengan dsign baju aku sebelum nie (sebijik macam patten blue double wings) cuma aku warna warnikan saje kalernya mengikut warna bunganya.... 
Labuci bunga, manik bulat dan mutiara sebagai perincian dibusana ini.


Sukaaaa... dah siap! akan ada yg menyusul lagi selepas ini...

Simple Kekwa


 bahagian leher... asalnya sekeliling bunga tu kosong... hanya tambahkan taburan flower squin
 leher lagi....
 bahagian tangan
Kesinabungan kekwa, akhirnya.... dapat gak aku upload pic baju ni :-) design yang simple menjadi pilihan dihati... pemilik baju ni minta aku dsignkan apa saje asalkan cantik! dan inilah hasilnya... :)
Labuci, labuci bunga, pearl dan manik silinder sebagai perincian dibusana ini.



Legaaaaa....... :))

Tuesday, October 26, 2010

Kekwa in the progress

KEKWA
In the progress............ something simple but nice.....
Istimewa untuk customer dari Setia Alam..... tunggu kesudahan Taman Kekwa ini :)))






Mood : me In love with kekwa.....

Monday, August 30, 2010

Secantik Wan Sri

Baju yang aku paparkan kali ini adalah hak milik seorang pelanggan dari Seremban yg bernama Wan Sri..... Seayu orangnya secantik bajunya....

sebelum memulakan harus dilakar atas kertas dulu
Selepas itu warnakan....
dan inilah hasilnya....

bahagian tangan hanya jelujur labuci bunga plastik dan juntaian manik manakala bahagian lapisannya hanya jelujur manik bulat...

Semoga Kak Wan bertambah seri di pagi raya dengan hasil tangan ku yg tidak seberapa ini :))

Labuci bunga, manik padi, manik kristal, manik bulat dan pearl sebagai perincian dibusana ini.

Saturday, August 21, 2010

lily Di Rantai

Baju ni bukan untuk raya pertama tapi untuk raya ke 3 atau ke 4 atau pun ke 5 hihihi.... tahun nie warna tema raya kami biru pekat tapi baju tu mama tak siapkan lagi.... dan baju yang aku tunjukkan ni sebenarnya dah lamaaaa siap....
Jahitan dari Busana bonda dan kainnya dari Nagoya textile....

sebenarnya susah nak buat pilihan warna manik yang sesuai... memandangkan baju ni terlalu meriah warnanya.... teringat pesanan Pn Rosita Jaafar ~pilihlah warna yang paling sikit, baru manik tu akan teserlah~ maka putih dan pink lah yang menjadi pilihan...

kredit to Datin Simah yang bagi idea untuk mencantikkan busana ku ini :))

Wednesday, August 18, 2010

Hijau



Baju nie asalnya pada bahagian badan dan tangan kosong sahaja. Cuma leher dan tangannya saya jahitkan manik beriring. 


Bulan lepas sepupu saya bertunang dan berkehendakkan tema hijau. Disebabkan last minit plan, saya sambar je baju yang ada. So baju itu saya tambahkan saja bunga-bunga manik dileher, badan dan tangan. Sebenarnya baju ni saya jarang-jarang sekali pakai sebab saya tak berapa suka dengan warnya. Tapi sekarang rasa sayang pula kat baju ni hehehe...... kredit to Datin Simah, lakaran ini adalah dari idea dia :))
Manik padi, labuci bunga dan pearl menjadi perincian dibusana ini.










Hijau itu perkasa wakakakaka....

Sunday, June 13, 2010

Salju Si Sisik Ikan

Baju nikah.... milik Puan mimi untuk bakal butik pengantinnya. Asalnya baju nie pada bahagian lehernya kosong tapi puan mimi minta saya serikan lagi dengan manik. Di sebabkan bahagian badan dah penuh dengan bunga so rasanya tidak sesuai kalau saya saratkan lagi dengan manik-manik. Maka dengan itu saya buat sesimple yang boleh di bahagian leher dan tangannya (saya gunakan teknik double wing). Harap puan mimi suka!



Tuesday, May 18, 2010

Semanis CT

Semanis CT secomel wajahnya....
Baju ini pertama kali mendapat sentuhan dari saya. Alhamdulillah selepas di tunjukkan ternyata tuan empunya baju suka dan berpuas hati dengan dsign yang simple ini. Sesuai di gunakan ketika bertandang ke rumah saudara mara selepas melansungkan perkawinan nanti. Doa saya semoga CT selamat melansungkan perkawinannya pada 6/6/2010 ~aminnnn~



kain ini dari jenis yang nipis dan jarang



Saturday, May 8, 2010

Da Purple Sisik ikan

Saya suka sangat dsign labuci begini, Sisik Ikan. Pada saya dsign sebegini amat sesuai dirias dimana-mana sahaja jenis baju. Tak kiralah baju kurung, blous, kebaya dan sebagainya....
Sebenarnya dsign sebegini boleh dipelbagaikan dengan macam-macam bentuk labuci dari jenis yang besar hinggalah sekecil labuci :) 


bahagian tangan

Labuci besar dan kecil, manik padi, labuci bunga dan pearl menjadi perincian di atas baju ini.


Koleksi Peribadi ;-)

Saturday, February 6, 2010

Baby Lily Ain...

Cabaran cabaran! ya ampunn!!! susahnya nk jait manik kt atas kain yg nipisss lg pecah! mmg menguji kesabaran jiwa dan raga huhuhu.... Aku kena sentiasa peka dan berhati-hati sbb silap langkah maun koyak, nk jait manik lebih2 pun aku tak berani. Nsb baik baju adik sendiri, siap lambat pun tak pe :) ni pun rasa dah setengah mati nk siapkn.
Ain nya permintaan ''xnk bunga besar2, x nk yg serabut2, nk yg simple2 je''
ok inilh sesimple bole yg aq buatkn... so jom kita layan jelah
:)