klik jangan tak klik!

Sunday, November 4, 2012

Hi korang.... rindu tak? My tudung....

Bismillah....
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Oh my.... lamanya tak mengupdate kat sini! huhuuuuu rindunyaaaaa... apa cer dengan rumah yg satu ni ye? dah tenggelam tak timbul2 kan? oh my..oh my...hihihi.

Alhamdulillah... walaupun lama sungguh mas menyepi tp followers masih bertambah, alhamdulillah :)

Ok la, apa cerita sekarang? adalah sikit... now i tell u wokey... my latese projek menjahit manik di tudung bawal. Well skrg ni kan tgh ngetop tudung bermanik munga2 kan... so mas nak try test market ler hihihihi. Lagi pun Amani dah besar so boleh dah jahit manik sikit2 :)
 Corak "bunga mutiara" yg simple dan dsign bhg sebelah tudung sahaja.


This projek for my kazen butik at TF port dicson, mas tumpang menumpang di butik nya, saje nak cuba nasib hehee so sesapa yg nk beli boleh la ke butik tudung my kazen di TF port dicson ye n jurujual nya my adik yg comel2 tu hihihiiii.... 



Jenis kain adalah dari bawal yg tak terlalu lembut dan keras, jahitan manik yg sgt simple hanya di sebelah bahagian tudung sahaja dengan menggunakan mutiara, labuci dan manik bulat dan panjang. 

Friday, September 16, 2011

Cuti-cuti rehatkan badan

Nur Qaireena Amani bt Md Nor Hasani

As salam.... Ya Allah lamanya laaaaa tak update n3 baru dlm blog nie huhuhu.... banyaknya habukkkkk sampai bersawang dh ni hah hihihi..... 

Hai semua... ape khabar? maaflah terlalu lama rumah ini sy tinggalkan. Sy sekarang ini sudah pun selamat menjadi ummi dan dah habis berpantang pun. Alhamdulillah sy selamat lahirkan bby girl pada 07.07.2011. Sy dan baby sihat2 sahaja... 

Untuk pengetahuan sy sekarang ini sedang cuti panjang @ berehat selama yg mungkin dari dunia manik, al maklum ler 8 tahun kami tggu zuriat nie so sy nak beri sepenuh perhatian kepadanya. 

Sy mintak maaf banyak2 kepada beberapa pelanggan sbb terpaksa menolak tempahan anda. Maaf ye... sy masih belum pandai curi masa utk menjahit manik. Sy masih cuba sesuaikan diri dengan dunia baru. InsyaAllah kalau semuanya dah ok sy akan terima tempahan semula. 


Salam sayang dari sy untuk anda semua :)))))

Wednesday, April 6, 2011

Yeah... line intenet dah OK!

from google

Yeah.... line intenet ok juga! hoyey..... selepas 1 minggu lebih bermatian kutu tanpa intenet akhirnya now i verry happy lah hihihihi.... Siaran yang tergendala sudah beroperasi semula :))) happy... happy...happpppyyyyyy!!!


Sebarang pertanyaan berkenaan tempahan manik bolehlah terus email sy or sms or pm on fb ok! Tq.

Tuesday, March 22, 2011

Tempahan Manik Sempena Hari Raya

Pic Ciplak From Google

As Salam dan sejahtera untuk semua...  
Di sini Sunnies Beauty Beads nak buat pengumuman bahawa Tempahan Manik untuk Hari Raya Aidilfitri telah pun di buka. Kepada sesiapa yang nak mencantikkan, mengerlipkan dan menyerikan busana bolehlah hantar dari sekarang ye. 

Sedia maklum, saya sekarang ini sedang berbadan dua maka tempahan manik amat terhad dan hanya menerima tempahan hingga bulan 5 sahaja. 
Sebolehnya saya hanya menerima tempahan Jahitan Manik yang SIMPLE sahaja. Pasti nampak MENAWAN busana anda. TQ.

JANGAN TAKUT Sunnies Beauty Beads CAJ TAK MAHAL PUNYA!


Friday, March 11, 2011

Simple Beauty Lace

DAN sekali lagi busana peribadi, Sunnies pamerkan ;-) Digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan. Kali ini Lace atau panggilan lainnya Tapestri menjadi pilihan untuk memperindahkan busana dari kain satin lembut.
Jarak dekat bhg tangan & leher
Bhg cekak ditangan
Piccas penuh

Perincian yang ringkas menjadi pilihan, sebab itu sunnies gelarkan design ini sebagai Simple Beauty Lace.  
Lace hitam, labuci bunga, labuci silver, manik bulat dan pearl sebagai watak utama untuk memperindahkan busana ini.






P/s: Seronok jahit manik guna lace, walaupun mahal tapi ia cepat dan mudah! Cuma perlu lebih berhati-hati ketika mengemas potongannya kerana benang sulaman mudah terlerai dan labuci yg sedia ada perlu dikemas kinikan supaya tidak terburai.

Thursday, March 3, 2011

The Scattered

Sekali lagi koleksi peribadi empunya diri, sunnies pamerkan. The Scattered nama diberi.... ;-)
 Scattered sane sini
simple
Kekemasan bhg belakang juga perlu di ambil kira

Kain adalah dari jenis cotton cina yang mudah berkedut, ringan, warna yg serabut dan mudah pecah. Hanya bahagian cekak ditangan sahaja menjadi tumpuan. Manik, pearl, bunga organza dan labuci yang memainkan peranan mencantikkan busana ini :)))



Akan menyusul lagi busana sendiri 

Thursday, February 24, 2011

Pesona Mutiara

Pesona Mutiara 

As salam semua.... lamanya aku tak mengupdate n3 baru! dah bersawang rumah kita ni hah! 


Sedia maklum, aku sebelum ini cuti panjang atas sebab buatan orang! hahaha... i preggy ler... so terpaksalah tutup buku untuk seketika okess.. Now kandungan dah 4 bulan lebih so dah ada kekuatan sedikit untuk menjahit semula. 
Bhg leher
manik tabur menjadi sedikit renjisan
simple
Bahagian Tangan

Koleksi peribadi @ baju preggy... kain dari jenis yang nipis dan mudah pecah. Jahitan manik hanya tertumpu pada bahagian leher dan tangan sahaja. Penggunaan mutiara besar, kecil, manik bulat dan labuci sebagai perincian untk mencantikan busana ini :)

Wednesday, January 26, 2011

Dalam Metro 25/01/11

Alhamdulillah pembukaan 2011 ini aku mulakan dengan Berita dari paper METRO. Ada apa ye dalam tu??? ahah... ada ni ler.... METRO bahagian HATI ada terselit cerita tentang PECINTA MANIK! dan gadis si baju MERAH tu aku ler.... hihihihi walau tak terselit bicara ku dalam tu tapi ku bangga kerna GAMBAR ku masuk paper tu... ihikihik....

Pada yang tak dapat beli paper tu ni aku selitkan paper online ye.....
http://www.hmetro.com.my/articles/Terapimindahilangkantekanan/Article


Mood : Semalam banyak terima sms wish tahniah.... 10q korang :) big thanx kepada Faizah Mohamad (wartawan metro) Ecah (jurufoto) Datin Simah (selaku tuan rumah) dan rakan2 beaders.... Majulah Manik untuk Wanita! erkkk... boleh ke guna slogan tu hehehe...

Sunday, November 14, 2010

Colourfull Double Wings

 Bahagian leher...
 Tangan....
Gambar penuh.....
Alhamdulilah... baju yang ke 2 siap sudah... masih tuan yang sama... pemilik baju ni berkenan sangat dengan dsign baju aku sebelum nie (sebijik macam patten blue double wings) cuma aku warna warnikan saje kalernya mengikut warna bunganya.... 
Labuci bunga, manik bulat dan mutiara sebagai perincian dibusana ini.


Sukaaaa... dah siap! akan ada yg menyusul lagi selepas ini...

Simple Kekwa


 bahagian leher... asalnya sekeliling bunga tu kosong... hanya tambahkan taburan flower squin
 leher lagi....
 bahagian tangan
Kesinabungan kekwa, akhirnya.... dapat gak aku upload pic baju ni :-) design yang simple menjadi pilihan dihati... pemilik baju ni minta aku dsignkan apa saje asalkan cantik! dan inilah hasilnya... :)
Labuci, labuci bunga, pearl dan manik silinder sebagai perincian dibusana ini.



Legaaaaa....... :))

Tuesday, October 26, 2010

Kekwa in the progress

KEKWA
In the progress............ something simple but nice.....
Istimewa untuk customer dari Setia Alam..... tunggu kesudahan Taman Kekwa ini :)))






Mood : me In love with kekwa.....

Friday, October 22, 2010

Pearl Beriring

Yang simple menjadi pilihan. Pelanggan dari Shah Alam ini hanya mahukan yang simple saje. 
Cepat, mudah dan simple! Peals menjadi pilihan tatarias diatas baju.



Mood : siap dalam masa 1 hari je!

Monday, October 18, 2010

Kelas Crumble@Sheik Azmi

Rupanya bukan mudah nak buat crumble! Perlu ada kreativiti yang tinggi dan kekemasan dalam menyusun warna untuk membentuk crumble yang cantik dan menarik. Crumble juga boleh dipelbagaikan contoh crumble pelangi, crumbel bunga organza jurai, crumble bunga riben dan banyak lagi la.. yang penting padanan warna adalah peranan yang paling utama untuk membentuk crumbel. 

Pada 17 oktober 2010 bertempat di Jalan Selayang 27/27A (Tmn Bunga Raya) seksyen 27 Shah Alam, saya dan beberapa rakan telah menuntut ilmu dengan seorang sifu yang sememangnya terkenal dengan crumblenya Sheik Azmi@Seri Sulaman Manik.
Menuntut ilmu dengannya adalah satu pengalaman yang menarik apatah lagi beliau seorang yang merendah diri bahkan beliau tidak kedekut memberi jawapan di atas semua soalan yang kami ajukan.

Belajar sesuatu pekara yang baru memang menyeronokkan walaupun pada mulanya susah saya nak paham. Pening pun ada sebab terlalu banyak warna yang digunakan. Bila kita dah paham step by step akhirnya... wahhhh memang berbaloi! Kepada sesiapa yang belum lagi belajar dan anda berminat bolehlah belajar dengan Sheik Azmi


Mood : manyak selonok wooo.... tp sayang tak banyak dan takde pic aku sbb aku sibuk menuntut ilmu :) rugi2 pic takde!

Wednesday, October 13, 2010

Mood malas!

Betapa mood aku sekarang ini teramat la malas!!!! mata nie rasa ngantok bebenor.... nak tidoooo je! 
Bukan setakat mata badan pun rasa sakit-sakit je tekak rasa haus perut kurang rasa lapar tapi malas memang rasa lebih! 
Sebab cuaca ke?
Aduuuhai.... apa masalah aku ni ye?? 
letly ni asyik nak tido je.... jahit sekejab dah rasa letih! 
Baju ada 3 pasang yang nak kena siapkan ni. 
Buat sebelah tangan pun tak sudah-sudah! 
alahai.... pe kes aku ni! kurang vitamin C kot..... 
Ayuh mood baik cepat kamu ke mari.... tolong segarkan aku......
 TOLONGGGG LAaaaaaa...

Mood : masih mencari punca kenapa dan mengapa jadi begini.... 

Saturday, October 9, 2010

Award dari Cik Ma!


Wahhhhh..... I dapat award u all's!! 
Macih la bebanyak kepada cik ma yang baik hati bagi award kat akak ni hah..... tenkiu dear! Tapi kan yang tak berapo beshnya..... Hai... akak tau ler awak tu cikgu, tak kan bagi award pun kena ada soalan cepu perak gak? Akak ni bab jawab soklan memang maleh tu sebab peksa feal hahahaha.... Tapi tak pe demi cik ma tersayang akan ku jawab juga dengan jayanya! chaiyok... chaiyok! (orang dah bagi award banyak pula peal aku ye!)

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....
~ Suka masak!
~ Suka berkarya dalam blog 
~ Seorang guru! (bole ke ni hahahaha)
~ Masih berangan nak kuruskan badan (hahaha akak ciplak dari n3 cikma ni)
~ Tak berapa suka mekup! (hehehehe ciplak lagi!)

huhuhuhu.... betul ke jawapan akak ni cikma?

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
~ Nama sebenar - MASLIYANA BINTI MISNAN@SUNNIES MAS
~ Kerja - PENJAHIT MANIK YANG BELUM BERJAYA lagi......
~ Suka makan, tidur, masak, jalan, membebel, berangan, update blog sendiri
~ Pantang nampak benda bling bling
~ Baran.... degil....cembeng.....sensitif....moody
~Teringin nak pergi LONDON (boleh main salji)
~ Teringin nak pergi KOREA (boleh tengok bunga sakura)
~ Teringin nak ada anak tapi sampai sekarang tak ada rezeki lagi
~ Teringin nak naik kapal terbang (tapi gayat cmne tu?)
~ Teringin nak ada rumah sendiri (bila la tu ye?)

ala... nape cikma suh list 10 je! lebih tak boleh ke???? 

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
1) Kisah arik - kazen yg dah lama tak update blog!
2) Ecah - punca aku terjebak dengan dunia blog!
3) cikma - paling rajin bagi komen
4) kak izan - blog nya terbaikkkk wok!
5) Sani - suami yang sentiasa menjadi tulang belakang ku

Mood : happy... happy.... soklan dah habis!!! thanks again cikma bagi akak award... luv u lah :))




Monday, October 4, 2010

Batuk + Selsema + Demam = KLINIK!!!!!!

ubat ohh ubat.......
tulah.... ketegak sangat! kekonon tu kuat sangat la ye sampi tak payah nak pegi klinik! kalau dah namanya sakit klinik ler tempat yang paling sesuai sekali! bukan OU bukan Midvelly bukan The Curve bukan bukannnnn....... tapi KLINIK!!!!! klinik ok!

oklah.... en hubby menang... mama pun menang huhuhuhu.... adooohaiiiii tak suka! tak suka! menci! menci! nasib tak banyak...... kira oklah tu telan 3 jenis jeeeee.... kikikikih :) now resting time! eh bukan....korok time hahahaha...... dadadididudu.....

Friday, October 1, 2010

Open The Door

Salam Jumaat wahai rakan-rakan blogger ku.... salam dan sejahtera juga kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ku ini.

Nak ambik berkat hari jumaat ni.... Moga-moga pintu rezeki ku sentiasa terbuka dengan luasnya amin...........
Pengumuman...pengumuman..... ibu2, bapak2, adik2 abang2 kakak2 kini TEMPAHAN jahitan manik untuk HARI RAYA HAJI telah pun di bukaaaaaaaaa........ Jahitan manik mengikut bajet anda pun saya terima :) Tempahan manik untuk majlis kahwin dan tunang pun saya terima juga......
Untuk tempahan anda bolehlah hubungi saya melalui cara yang sudah saya terterakan dipost sebelah kanan ini.
Terima kasih.

Wednesday, September 29, 2010

Syukur Alhamdulilah 28/09/2010 yakni hari selasa adalah ulang tahun lahir ku yang ke tuttttt.... opssst perlu ke bagi tau? hihihihi... tak perlu kot.... tapi nanti orang kate tak nak ngakulah tu umur dah makin tuttttt....... amboiiii laserlah tu! dont wori... aku tak sorok umur k! now i tell uuuu.... semalam genablah umur i 31 tahun! alah... baru 31... muda bergetah lagi tu hahahaha.... stop!

Apa yang penting..... aku terlalu amat bersyukur pada MU Ya Allah.....
Mudah-mudahan hidup ku akan sentiasa di berkhati, di murahkan rezeki, di panjangkan umur, di tetapkan iman, di dunia dan akhirat... Semoga cita-cita dan impian ku yang belum terlaksana di makbulkan Allah swt...... Semoga juga segala urusan berjalan dengan lancar amin................


Terima kasih tidak terhingga juga kepada mereka yang wish dan moga2 doa kalian untuk aku di makbulkan Allah swt amin........

Terima kasih sayang...... ayang sukaaaaa..... cantikkkkk sangat! Harga dan jenama bukanlah ukuran tetapi tanda ingatan adalah yang paling bermakna bagi ku..... sekali lagi time kasih sayang muahhhhh! Isi di dalam biar hamba je yang tahu....... :)))

Sunday, September 26, 2010

Raya oh raya!

Masih lagi dalam mood raya. Syoknya raya! Open house sane sini... besh woooo.....
Open house pertama rumah Juemell Saffiyah...... menu memang best! soto dia fuhhh sodap!
Open raya + besday party. Kek besday anak juemell n husban
akhirnya dapat gak aku rasa coklat ni... sedaplh...
tgk tu macam-macam adaaaa.....
hah nie lah besday girl.... comel n keletah!
tudung pink tulah juemell.... thanks jue... memang sedap soto yang awak buat!
--------------------------------------------------------
Raya di FTIMDC
Lepas rumah juemell, kami berangkat pula rumah ke 2... ahah.... open house kat rumah RJ @ dewan ler hihihi.... bertempat di Bandar Sunway pejabat FTIMDC. Open house bersama dengan anak-anak yatim dari Puchong.
Kami antara yang tiba awal... sementara RJ tak sibuk melayan tetamu maka kami pun bergambor jelah...... RJ memang sproting!
bersama dengan Wan Norita.... ayu orangnya
Kak izansazlin (BNTB) n Fariha Nuzuruhan pun ada..... voge gitu!
dok belek apalah kak liza tu?
owhhhh.... padanlah.... tengok tu 3D RJ..... cantik wey.... tak perlu buh sarat2 kat baju. Buat kat bahagian siku je tu pun dah nampak cantik sangat!
RJ menyampaikan sumbangan kepada anak2 yatim
Menunggu giliran. Semoga semakin melimpah ruah rezeki RJ.
Amin...
mesti ambik gambor berdua dengannya.... bukan senang tau nak jumpa RJ.
bukan senang juga dapat jumpa kak izan ni.... so bergambor ler kita ye
semuanya tertarik dengan pakaian kak izan. Very the voge!
tgk tu RJ, fariha n kak liza... bukan main drama! Aku n mama simah yoyo oh ni.... hahahaha

Yang pasti open hause di ke dua rumah memang besh! tuan rumah memang ramah tamah.......

Gendang gendut tali kechapi,
kenyang perut kami senang hati.

Kalau ada sumur di ladang bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi!
Ehhhh bukan.... tahun depan buatlah lagi..... hihihihi