klik jangan tak klik!

Tuesday, May 4, 2010

Kesulitan amat di kesali

Minta maaf banyak-banyak atas kesulitan yg sedang di alami sekarang ini, kepada mereka yang suka follow up blog saya. Untuk pengetahuan semua, saya akan tukar blog ini ke laman baru, wajah baru dan gaya baru hihihi :)
Sebenarnya blog saya sekarang ini sedang mengalami masalah yg tidak tahu kenapa? mengapa? dan tidak boleh di selesaikan :( huhuhu what to du??? sob..sob..sob.. kena creat blog baru ler gamaknya...
Dalam hati, memang tak sabar nak selesaikan semua masalah ini sbb saya dah tak sabar nk upload baju2 yg sudah di manik manikkan hehehe..... tangan ni dh gatal nk upload je!!
Sekali lagi saya mohon maaf seribu kali maaf di atas semua kesulitan ye....... :(
Va va va.... gaya wa ckp ni macam wa ada peminat je... huhuhu ada peminat ke??
Apa-apa pun tungguuuuu........ see u!!

Saturday, April 17, 2010

Masalah-masalah

Pening fening....... macam mana nak jawab ni... semua orang asyik tanya kenapa mereka tidak boleh link blog aku? kenapa bila aku update blog mereka tidak tahu? Ola ola ola..... aku sendiri tak boleh nak jawab..... sbb aku sendiri tak tahu apa masaalahnya... puas dah godek, rasanya tak ada apa pun yang tertinggal masa aku mula-mula create blog ni...
Tulun-tulungggg.... sesapa yang tahu tolong bagi tahu ok.. tolong info kat aku!

TQVM........ luv u all!

Tuesday, April 6, 2010

The Best Award From Nenek.....

Hureyyyyyyy..... dpt award! Tenkiu very much to nenek yg bg anugerah ini. Tenkiu to Datin Elly yang cadangkan nama aku. Baru pertama kali aku dapat award, walau tak layak sebenarnya. Nenek terima kasih banyak-banyak ye atas anugerah ini. Terima kasih sudi beri pada cucu yang tak tahu malu meminta.......

Monday, April 5, 2010

Pertandingan Sulaman Manik & labuci FTIMDC 2010

Hari yang di tunggu-tunggu sudah pun tiba dan sudah pun berakhir... Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar. Kesihatan yg cermerlang selepas operation mengizinkan aku untuk hadir ke majlis Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci FTIMDC 2010.

Majlis yang di adakan di Menara Yayasan Tun Abd Razak
memang meriah dengan kehadiran tetamu2 yg terhormat, di banjiri pula dengan ahli-ahli beaders yang Otai dan baru. Pertama kali menyertai majlis seperti ini benar-benar menyeronokkan kerana selain dari dapat cuci mata dengan dsign-dsign yang cantik, menarik lagi tertarik tetapi dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan beaders yg selama ini hanya berhubung melalui FB sahaja. Terima Kasih kepada Pn Rosita Jaafar yang menganjurkan majlis seperti ini. Tujuannya sugguh murni hanya untuk memartabatkan kaum wanita ke tempat yg lebih tertinggi. Yang lebih menariknya bukan sahaja dapat sokongan dari kaum HAWA tetapi dari kaum ADAM juga! Syabas Puan Rosita....

Hemm.... pertama kali menjejakkan kaki ke Menara Yayasan itu, dengan tema Kebaya Kontemporari, hati sudah berdebar-debar, teruja dan terkejut. Bedebar untuk bertemu semula dengan akak-akak yang sama kelas dengan Noramanik dulu dan teruja untuk berjumpa dengan kenalan baru.

Perjumpaan dengan kenalan yg sudah kenal dan yang baru kenal memang meriuhkan suasana. Riuh hingga RJ kata... 'suara korang boleh dgr smpi meja VIP!' sori RJ. Paham-paham jelah mulut pompuan ni, bila dh jumpa memang tak boleh nak control da......... kikikikih :)


Baju nie aku beli dekat EKANO... susahnya nak cari kebaya sebab saiz badan aku yg kecik ni hah. Dah saiz S pun kena alter gak... huhuhu nak buat camno baka kecik da...........


Buah tangan dari FTIMDC, mug dan bunga telor yang di perbuat dari manik..

Kak Izan 72, cantik orangnya. Selama ini cuma tengok blog dia je. Berbual dalam FB pun jarang. Suka sangat tengok hasil kerja tangan dia. Otailh katakan..

Tunjuk ajar ku SIFU! amboi-amboi kak nora bukan main cantik dia dengan bajunya..
Berbaloi-baloi! Petang tu kak nora di anugerahkan pakaian tercantik! wallawey memang cantik meletupppp baju dia dik nun............

Masa duduk kat meja makan, mata ini dah melilau mencari seseorang. Dia ku cari sebab aku suka sangat baca blog dia, suka sgt dengan dsign dia, suka sgt cara dia. Very The Vouge!
Tu dia... bila dh jumpa aku terus sapa. Tak malunya aku ni! Ternyata dia ramah! sangkaan aku orang yang glamour seperti dia kurang mesra tapi tidak! Dia mesra dan friendly. Peluang yang ada jangan di lepaskan so bergambo lah kita ye....... suka-suka! hehehe

Datin Shima yang ramah dan sentiasa merendah diri. Suka dengar dia berborak. Thks for you kuih karipap! sedappp........

Tulun-tulunnn.... perebutan blakberry! hihihi apa-apa saja si Datin Elly dengan ija ni. Apa ek masalah dia orang masa tu? tp cuba perhatikan org yang kat sebelah tu, dok buat apalah tu smpi jiran sebelah riuh pun dia buat dek je.........

kenalan baru dari FB. Dari kiri akak lyana, kak yati, kak aida (ni dh kenal), abang aziz dan abang sheik.
Jejaka-jejaka hensem yang terselit ni jangan main-main tau! jari jemaari mereka ini sugguh berseni bila menyulam manik! jangan pandang kaum adam sebelah mata wahai kaum hawa ye....

Kak fida yang mulanya malu-malu kucing. Mula-mula je.. lepas tu dia dengan aku tak ada kerja lain, dok belek manik kat baju orang! berangan semunya boleh buat. Hahaha... takpe tahun depan kita sama-sama masuk pertandingan manik dan labuci ye. Mana tau kita menang kan? hihihi

Queen in FTIMDC Rosita Jaafar. Tengok tu body dia.. pehhh cantik macam anak dara! Masa kat rumah aku dah set nak ambil gambo dengan RJ tp bila dh jumpa depan mata, dek terpukau dengan kecantikan dia terus lupa! ayoyooooo..............

Jangan salah paham, ini bukan mengumpat or mengata tetapi sedang menguyah kuih... lapor ler. Majlis lambat mula, tu yang dah kebulur masing-masing. Tengok muka kak doris tu, bukan main serius mengunyah. Kak Yati dan Dantin Shima seperti serius membicangkan sesuatu....
Kak Doris yang cantik menjadi perhatian para camera. Bukan sebab dia artis tp sebab baju dia yang ada klass! sayang aku tak snap masa dia orang dok sibuk belek baju kak doris ni :(


OMG!!! this lady very the HOT! hahaha.... dari mula kenal sampi sekarang memang tak berubah! hui.... dari pagi sampi ke petang ada saje benda yg di celotehkan. Kerja dia tak lain, amik gambo candid! Memang meriah! meriah dengan kemesraan dia yang ramah tamah dan becok yg teramat sgt.
Kak... love u so much! You Datin yang tidak mementingkan pangkat dan darjat. Hope sampi bila-bila dia akan ramah tamah dengan semua orang.

Mama yang penyangan dengan cicak man! gelaran tuk anak dia yang hensem boy. Tukang jahit yang di mana-mana sajaha boleh jadi! Baru ku tahu kak aida ni pun gila-gila gak orangnya. Besh dapat kenal dengan akak. luv u kak aida!

Sekali lagi dengan kak nora. Pinjam baju boleh hihihi :)

Jangan lepaskan peluang... time nilh nk bergambar dengan semua orang. Bukan senang dapat kumpul macam ni. Lagi-lagi dengan RJ yang glamour tu :)

Wednesday, March 17, 2010

Jemputan Khas Ke Pertandingan Sulaman Manik Kristal 2010.

Seronoknya bila kad jemputan ni dah selamat sampai di tangan aku! Terima kasih abg posmen. Terima kasih juga pada kak nora. Teruja, seronok dan tak sabar. Ini adalah pertama kali aku menyertai event RJ. Memang rasa tak sabar! Selain dari melihat sendiri RJ secara live (mesti cantik dan voge orangnya hihihi), aku juga tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekelas masa belajar dgn kak nora. Malah aku teruja juga nak jumpa kawan-kawan baru yang selama ini hanya berhubung melalu FB sahaja. Yang pasti aku nak tau buku terbaru RJ yang akan di lancarkan pada hari tu juga. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan aku kekuatan dan kesihatan yang sempurna pada 03/04/2010 nanti.
-:- To datin, kak aida & kak fida tunggu mas ye hihihi. To Elly.. so sad u tak dapat join sama. Mungkin belum ada jodoh kita untuk berjumpa lagi :(
-:-

Tema pakaian yg di tetapkan Kebaya Tradisi Contemporary. RJ sporting, dia kata kalau rasa tak cantik pakai kebaya takut nanti lemak-lemak tesembul keluar baik jgn pakai... yg penting pakai baju! janji glamour hihihihi....

my lucky no : 2236

Peta menunjukkan tempat pertandingan. Kalau sesat juga tak taulh :)

Thursday, March 4, 2010

Berehat Sebentar Bersama KIT KAT!

Buat sementara waktu ni, aku terpaksa lupakan/tinggalkan semua manik-manik kerana sekarang ini aku sedang berehat dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh membebankan badan :(
Pada tarikh 01/03/2010 adalah tarikh keramat kerana aku telah dimasukkan ke Hosp.Pantai.K.L untuk melakukan pembedahan membetulkan tiub folopion oleh Dato Dr Hamid Arshat & Dr Nazri. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan sekarang hanya berserah saja pada Tuhan atas rezekinya untuk memberikan kami zuriat. Selama 7 tahun kami boleh sabar tak kan skrg ini kami tak boleh sabar lagi.Semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar di dunia dan akhirat :) -Aminnnn-

Tuesday, February 23, 2010

Beriring Mama

Sebelum korang layan manik beriring ini, ada kisah yg ingin aku smpikan.. Ntah kenapa hari ini nsb aku semcm malang je... itu belum lg semalamnya cerita! Semalam seharian aku pening memikirkan patten ape yg sesuai kt bj mama ni.. pk punya pk, punya pk, smpi ke sudah tak jugak dapat2.. kekadang kita manusia ini kepala otak bole jd kosong, tak idea lansung!
So hari ini 23/3/2010 di pagi hari dgn semangat yg baru, bila dh dpt idea dgn pantas kilatnya jari2 ku mula membentuk manik2 yg ada di baju mama. Sambil menjait sambil tangan tu berchating dan sambil juga mghirup nescafe
. Bila dh terlalu kusyuk sgt melayan chat, aku tgglkan sekejab manik tu sbb nk dgr isu hangat sehangat air nescafe ku.
Dan yg sebenarnya........
Tangan pun capailah mug, mata ni tak pulak nak pandang. Ntah mcam mane air yg aku pegang bole tertumpah betul-betul kat atas laptop aku. Ya Allah! aku terkujat sekejab...
tp tangan ni plak gatal nk menaip lg tu! Panic punya pasal, aku terus tonggengkan laptop supaya air tu bole keluar dari celah2 keybord. logout n offkn. Capai telepon n call huby.. huby terus bg arahan ape yg perlu aku buat... fuh lega nsb baik x jd apa2...Misi di teruskan.....
Sambung jait semula tp ntah ape lg yg tak kena, tangan ni buat hal lg, tersandung dan manik pun BERTERABUR!!!! adooohai........ nk menangis rasanya. Sakit je jiwa ni.
perlu ke aku sambung story ni? tak perlulah aku mls nk cite panjang lg.. so kita layan jelah hasilnya selepas bermacam insiden :)


ini design asal sblum bukak.......

Monday, February 22, 2010

Membuang masa ke?

Mesti ada yg tertanya tanya kan kenapa aku tulis membuang masa? hehehe... ntah aku sendiri pun tak tau aku ni ketegori mbuang masa ke tidak? yelah mana tidaknya.. aku ni bila buat manik nak yg sempurna so bila benda tu senget sikit pun aku boleh jd serba tak kena.. mulalh nak bukak semula. Kekadang bila tengah-tengah jait tetiba aku rasa cm x puas hati je.

Macam-macam persoalan yg timbul, Cantik ke? suka ke nnt org yg pakainya? sesuai ke? Susahkan kalo semuanya aku nk jadikan terlalu sempurna? Normal ke orang macam aku ni? Emm... membuang masa dan was was tu perkataan yg sesuai sbrnya. Dan sekali lagi aku akan buat kerja gila! Kenapa gila?

Macamni.. cuti raya cina mmgu lepas aku balik kg, sedang belek2 baju kat bilik jait mama, tetiba mama muncul. Mama, ambik baju dia yg aku jaitkan manik dan dia ada sedikit permintaan. Wah.. aku dh mula rasa cuak! Apa permintaannya ni? aku salah jait ke? tak berkenan ke dia dgn hasil kerja tangan ku ini?

Hehehehe.. jgn suspen. Bukan dia x puas hati, dia suka sgt cuma dia mintak aku tambahkan line je kt atas dan bwh lengan baju tu. Fuhh.. lega. Igtkan kenapalh td :) Emm sbrnyna idea mama ni, aku dh tpikir ms tengah jaitkn manik tu tp di sbbkan mama nk bj tu cpt so aku buat ala kadar jelah..

So mlm td aku pun memulakan operasi untuk menambahkan manik seperti yg mama mintak tp ni lah mslhnya, bila dh separuh jln, aku rasa mcm tak puas hati je.. macam tak cantik je! Bila di tgk2 dan di teliti maka dgn rasminya aku membuka semula dan skrg tengah tpikir nk bukak semua sbb dah dpt idea baru n patten baru! hahahaha sori mama.. ank mu ni mmg nakal sikit kihkihkih :)

Saturday, February 6, 2010

Baby Lily Ain...

Cabaran cabaran! ya ampunn!!! susahnya nk jait manik kt atas kain yg nipisss lg pecah! mmg menguji kesabaran jiwa dan raga huhuhu.... Aku kena sentiasa peka dan berhati-hati sbb silap langkah maun koyak, nk jait manik lebih2 pun aku tak berani. Nsb baik baju adik sendiri, siap lambat pun tak pe :) ni pun rasa dah setengah mati nk siapkn.
Ain nya permintaan ''xnk bunga besar2, x nk yg serabut2, nk yg simple2 je''
ok inilh sesimple bole yg aq buatkn... so jom kita layan jelah
:)




Semangat Berkobar tapi...........

Salam...........

Emmm........ apa masalah aq kali ini ye? ada ke? rasanya tak ada. Ye mmg tiada apa2 masalah dan halangan cuma ntah kenapa eksperimen yg sedang aq lakukan skrg ni seperti terlalu perlahan atau lebih mudah lembab! Kenapa ye? tak ada semangat ke? tak berkobar-kobar ke? uish... sapa kate tak ada? ada... mmg tengah berkobar-kobarlh ni.... cuma ntahlh, myb sbb mood kot... mood aq tengah x ok. Atoohai... mn mood aq ni.. mana kau pergi? cepat2 balik... aq dh fedup ni nk tggu mood dtg :(
Sepasang dh hampir2 siap, sepasang lg akan di usahan kan... tp yg hampir2 siap tu mslhnya smpi skrg x siap2 lg... cmne tu? tulh macam yg aq kate, mood xde. Huh mood ni mmg spoi tul ler! Aq tengah bsemangat nk siapkan SF, aq mmg x sabar nk promosikan hasilnya.. tp tulah mood xde. Mood mematikan segalanya!
Cepat2 cari mood tu... tolongggg kembalikan mood aq tu!!!!!!!!